Kimia dapur – soda abu@air abu


Air abu dikenali sebagai bahan dalam pembuatan mee, ia memberikan tekstur dan rasa tertentu. Kandungan air abu di pasaran tempatan berbeza-beza mengikut pengilang. Ada yang mengandungi garam silikat dan ada yang tidak. Air abu boleh dihasilkan daripada ekstrak abu tumbuh2an@abu kayu pokok. Abu kayu pokok asli dan bukan abu papan kayu, kerana papan kayu dirawat secara kimia dan mungkin akan meninggalkan surihan elemen kimia lain yang tidak sesuai.

Secara kimia, soda abu adalah Natrium Karbonat(sodium carbonate). Formula kimianya adalah Na2CO3. Ia adalah sebatian garam sodium dan asid karbonik.

Ia mempunyai banyak kegunaan domestik, antaranya : sebagai pelembut air atau water softner, digunakan dalam pembuatan kaca (soda lime glass), ia juga merupakan food additive (E500) digunakan sebagai pengawal atur keasidan, ajen anti pengetulan, ajen penaik, dan penstabil.

Natrium karbonat Na2CO3

Kita akan membincangkan pembuatan mee mentah dalam mana2 artikel akan datang, bagi tujuan ini dalam artikel ini kita membincangkan bagaimana untuk menghasilkan soda abu di dapur. Kaedah penghasilannya agak mudah dan kita hanya perlu hasilkan dalam kuantiti yang sedikit.

Peralatan yang diperlukan : plat pemanas, misalnya tudung periuk aluminium dan dapur

Bahan : bicarbonate soda @ NaHCO3 (natrium hidrogen carbonate)

Kaedah

  • Panaskan plat@tudung periuk dengan api perlahan.
  • Ambil sedikit sahaja bikarbonat soda, hujung sudu. agak2 seperti secubit garam.
  • Taburkan atas plat pada bahagian atas api.
  • Biarkan sehingga tekstur garam berubah menjadi bentuk amorfus (serbuk putih dengan tekstur berlainan daripada tekstur asal bikarbonat soda).
  • Kacau2 atau balik2 semasa pemanasan selepas beberapa minit.
  • Apabila struktur menjadi serbuk putih, matikan api dan sejukkan.
  • Larutkan dalam air, ia akan menghasilkan larutan alkali (rasa macam sabun, licin). Air abu dihasilkan.

Natrium Karbonat

Sodium bicarbonate NaHCO3

Keterangan

Natrium hidrogen carbonate (NaHCo3) atau bikarbonat soda ditukarkan kepada Natrium Karbonat (soda abu) apabila dipanaskan@dibakar. Tindak balasnya adalah seperti berikut.

2 NaHCO3 → Na2CO3 + H2O + CO2

Bahayakah bahan ini? Proses yang sama berlaku semasa pembakaran kek atau biskut, gas karbon dioksida dan air dihasilkan. Gas dan wap air panas memberi tekstur rongga pada biskut dan kek, dan meninggalkan elemen Na2CO3 dalam biskut atau kek itu. Adakah ia bahaya?

Amaran !
Serbuk kontang (sangat kering) boleh mengakibatkan iritasi, JANGAN HIDU, JANGAN TERKENA MATA atau TERUS MAKAN begitu sahaja. Untuk memudahkan pengendalian, serbuk kontang yang dihasilkan perlu dilarutkan dengan air segera.

 

 

Selamat mencuba

Coretan Alkimia

 

Rujukan

 

Catatan : Penulis tidak bertanggung jawab jika panduan ini disalah guna atau digunakan dengan cara yang salah, hasil soda abu digunakan dengan cara yang salah ATAU apa2 yang tidak diingini dari panduan ini. Panduan yang diberikan di sini adalah nota biasa yang terdapat dalam buku2 kimia.

About these ads

Posted on 26 Jun 2011, in Kimia and tagged , , , . Bookmark the permalink. 30 Komen.

  1. salam, terima kasih atas panduan berkenaan soda abu, saya membuat dan menjual mee secara sambilan dan saya juga menggunakan air soda abu yg dibeli dikedai, cumanya tak pasti tentang cara pembuatannya, mungkin saudara boleh beri sedikit tips utk sukatan kepekatannya, untuk makluman saudara, setiap 1 kg bancuhan tepung saya gunakan 25ml air soda abu ni. disamping itu saya berharap mungkin selepas ni saudara boleh cerita berkenaan penggunaan asid boric pulak. buat masa ni saya tak menggunakan asid boric tapi mungkin saudara ada idea atau cadangan lain yg lebih baik untuk membuatkan mee kuning ni tahan lama tanpa memudaratkan org yg memakannya. terima kasih sekali lagi untuk maklumat yg amat berfaedah ini.

    • mengenai pembuatan soda karbonat bagi 1 kg tepung, kami tak ada la sukat soda bikarbonat secara tepat dengan alat timbangan … sekadar anggaran je. lagipun dacing biasa termasuk penimbang dapur sukar untuk menimbang untuk unit yang sangat kecil, mungkin dalam beberapa miligram.

      anggaran yang dibuat menggunakan saiz sudu teh dan jumlah soda karbonat yang digunakan adalah hujung sudu teh sahaja (sedikit sahaja). suku sudu teh adalah terlalu banyak, mungkin dalam secubit atau lebih sedikit dari secubit garam.

      natrium@soda karbonat yang dihasil daripada proses pembakaran, selepas disejukkan terus dilarutkan di dalam air. untuk mengelakkan perubahan kimia yang tak diingini pada soda karbonat, seperti tindak balas kebelakang, tak digalakkan untuk menyediakan soda karbonat dalam kuantiti yang banyak. hanya soda karbonat baru dibakar digunakan.

      oleh kerana kita menggunakan dalam kuantiti berat@jumlah berat kering soda, maka unit kepekatan larutan tidak digunakan. sdr boleh gunakan larutan cair atau pekat mengikut kesesuaian bancuhan tepung sama ada keras atau lembut.

      harap ini dapat membantu, terima kasih. :-)

  2. ade jual ke bicarbonate soda?? atau ade name panggilan lain..
    TQ..

    • sebab kalau baking soda nampak macam lain je dari gambar kat atas. Baking soda dah dalam bentuk serbuk. confius..

      • baking soda di pasaran tempatan adalah campuran dengan bahan2 lain termasuk tepung jagung, bikarbonat soda, (tak ingat apa fosfat tah) dan lain2 … mungkin terdapat perbezaan campuran antara satu jenama dengan jenama lain. dalam kata lain baking soda adalah benda lain dan bikarbonat soda adalah benda lain, walaupun dalam baking soda mengandungi bikarbonat soda.

        untuk mudah difahami, lihat perbezaan antara air teh yang manis dengan gula pasir, keduanya adalah benda yang berbeza. air teh adalah campuran bahan2 lain, manakala gula pasir adalah bahan asas.

        gambar bikarbonat soda dalam artikel ini (diambil daripada wikipedia) adalah gred makmal atau mempunyai ketulinan yang tinggi iaitu 99.999%. dalam produk komersil, bikarbonat soda ketulinan tinggi tidak diperlukan dan sukar untuk dikekalkan ketulinannya. tambahan pula ia mudah bertindak dengan air di udara dan menyebabkan ia bergumpal atau berketul-ketul.

        Petikan dari wikipedia :

        “Sodium bicarbonate is a white solid that is crystalline but often appears as a fine powder.” (Natrium bikarbonat adalah pepejal putih berhablur (berkristal) tetapi sering kali ditemui sebagai serbuk halus.)

        Jangan keliru antara baking soda dengan bicarbonate soda, tak sama walaupun kegunaannya hampir sama. :-D

        rujukan
        http://en.wikipedia.org/wiki/Sodium_bicarbonate

    • kat kedai n pasaraya n bla, bla, bla … sangat mudah didapati. :-)

      bicarbonate soda (english local) = soda bikarbonat (bahasa melayu)

      nama lain:
      Sodium bicarbonate, sodium hydrogen carbonate, natrium bicarbonate, natrium hydrogen carbonate, natrium bikarbonat, natrium hidrogen karbonat … (sodium = natrium ~ soda)

      ia juga disinonimkan (walaupun ada yang kurang tepat) sebagai:
      baking soda, bread soda, cooking soda, bicarbonate of soda, sodium bicarb, bicarb soda, bicarb … macam2 nama dan gelaran.

      rujukan
      http://en.wikipedia.org/wiki/Sodium_bicarbonate atau http://simple.wikipedia.org/wiki/Sodium_bicarbonate (dalam English mudah), wiki dalam bahasa Melayu tak ada :-(

  3. ape nama pasaran dari sodium tri poly phosat (sttp ) dan carboxy methil cellulose (cmc ) untuk makanan, thank

  4. saya ada membeli sodium ni sebab nak try wat mee kuning,saya bancuh dalam air masak je,bila dah larut terus masukkan dalam tepung dan adunkan.soklan saya..perlu ke bakar dulu sodium ni sebelum di gunakkan??klu x bakar x boleh ke??

  5. Assalamualaikum….
    Nk tanya skit, air abu merbahaya x? atau ada kesan sampigan kalau di ambil dalam jangka masa panjang?

  6. assalamualaikum…
    saya mahu bertanya adakah kapur makan itu = Natrium Karbonat. d kawasan saya utk membuat mee kuning kapur makan yg d gunakan. Rupa paras kapur makan ni serupa tepung. terima kasih

  7. shahrul fuzaini

    assalammualaikom,saya nak bertanya…adakah asid borik dan air abu itu benda yang sama

  8. sy ada terima satu emel daripada sara, dari KL. oleh kerana soalan tidak berbentuk personally jadi sy repost dan reply di sini…

    dari sara, KL :
    “salam… saya hendak bertanya. resepi untuk membuat air abu itu tidak merbahaya kesihatan ke? bagaimana hendak dipastikan tiada sebarang tindakan kimia lain yang berlaku dan boleh menyebabkan keracunan. Jika tidak keberatan boleh kah saudara menyatakan sumber (journal,patent,sijil) yang saudara rujuk bagi menulis coretan tersebut.

    jawapan sy: sila baca pos ini secara keseluruhan termasuk komen2 di atas, link sumber rujukan telah dinyatakan berulang kali. sy highlight beberapa poin kalau sara tak perasan @ membaca sepintas lalu.

    - tajuk artikel ini adalah soda abu @ air abu
    - Kandungan air abu di pasaran tempatan berbeza-beza mengikut pengilang. Ada yang mengandungi garam silikat dan ada yang tidak.
    - Secara kimia, soda abu adalah Natrium Karbonat(sodium carbonate). Formula kimianya adalah Na2CO3
    - Natrium hidrogen carbonate (NaHCo3) atau bikarbonat soda ditukarkan kepada Natrium Karbonat (soda abu) apabila dipanaskan@dibakar.
    - pengambilan soda karbonat berlebihan mungkin boleh menganggu proses penghadaman kerana ia menuetralkan asid perut (HCl asid hidroklorik) kembali kepada garam makan (NaCl), kesan lain mungkin kembung perut banyak angin atau banyak kentut. Lihat tindak balas Na2CO3 dengan asid perut (HCl) dalam artikel, di mana ia akan menghasilkan garam NaCl dan gas karbon dioksida (CO2).
    - walau bagaimana pun air abu di pasaran adalah campuran dengan beberapa bahan lain termasuk soda karbonat dan juga soda silikat (sodium silicate) dan juga unsur potash (kalium).
    - Di luar negara, China dan Jepun … mee kuning (ramen) diperbuat daripada kansui (kita panggil air abu). ia terdiri daripada soda karbonat dan biasanya kalium karbonat dengan sejumlah kecil asid fosforik. kansui yang asli adalah air mineral dari Tasik Kan di Mongolia Dalam, China.

    untuk rujukan pula, sila baca
    - http://en.wikipedia.org/wiki/Sodium_carbonate
    - http://en.wikipedia.org/wiki/Sodium_bicarbonate
    - http://en.wikipedia.org/wiki/Sodium_silicate
    - http://en.wikipedia.org/wiki/Potassium_carbonate
    - http://en.wikipedia.org/wiki/Ramen
    - http://en.wikipedia.org/wiki/Chinese_noodles
    - http://en.wikipedia.org/wiki/Calcium_oxide
    - http://en.wikipedia.org/wiki/Calcium_carbonate
    - http://en.wikipedia.org/wiki/Calcium_hydroxide
    - http://ms.wikipedia.org/wiki/Kalsium_hidroksida
    - http://en.wikipedia.org/wiki/Boric_acid

    kalau tak suka baca wiki pun tak apa, alternatif lain … sila baca buku teks kimia sama ada peringkat sekolah atau universiti pun ada membincangkan mengenai natrium karbonat, natrium bikarbonat, kalsium karbonat, kalsium oksida, kalsium hidroksida, natrium silikat, kalium karbonat atau garam2 karbonat, hidrogen karbonat, dan silikat. perkataan di dalam bahasa inggeris, sila lihat komen terdahulu. biasanya istilah boleh dicek kat indeks selepas bab2 akhir di dalam sesebuah buku.

    - untuk pengetahuan sara, tindak balas berikut
    2NaHCO3(s) → Na2CO3 + H2O + CO2
    NaHCO3 + HCl(aq) –> NaCl(aq) + CO2(g) + H2O
    Na2CO3(aq) + 2HCl(aq) –> 2NaCl(aq) + CO2(g) + H2O
    adalah satu pengetahuan umum dan sangat basic. ia telah diajarkan berulang kali diperingkat SRP/PMR/SPM/STP dan universiti. kalau tak percaya sila baca buku kimia, tak kira kimia organik ke tak organik ker dan mungkin juga buku bio kimia atau biologi. dan untuk pengetahuan sara, benda2 pengetahuan umum yang sudah umum diketahui umum, ia tidak dibentangkan sebagai satu tajuk jurnal. sijil yang macam mana sara maksudkan, macam driving lesen ker? hi, hi, hi …

    ala terlupa pulak …. dan satu lagi, adakah sara faham apa yang dimaksudkan dengan patent? utk makluman sara, patent adalah (petikan dari wiki) …
    “Paten adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta sama ada suatu produk atau proses untuk menghasilkan cara baru bagi membuat sesuatu, ataupun penyelesaian teknikal bagi sesuatu masalah. Hak paten selalunya diberikan oleh kerajaan kepada seseorang pencipta atau pereka sesuatu ciptaan yang memberikan kepadanya hak sepenuhnya untuk membuat, mengguna dan menjual rekaan tersebut untuk satu tempoh masa yang tertentu.

    Paten akan dianugerahkan apabila ia menepati ciri-ciri berikut:
    - Baru (novelti). Sesuatu rekacipta itu masih belum dizahirkan kepada orang awam di mana-mana di dunia.
    - Melibatkan langkah merekacipta yang mana rekacipta itu tidak ketara kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi tersebut.
    - Boleh digunakan dalam mana-mana industri.
    rujukan
    - http://ms.wikipedia.org/wiki/Paten
    - http://en.wikipedia.org/wiki/Patent
    - http://www.myipo.gov.my/paten

    “Paten” adalah suatu yang berkaitan dengan hakcipta dan hak rekacipta. Benda pengetahuan umum yang telah diketahui umum, orang tak patenkan dan paten tidak dibenarkan. Sebagai contoh cara masak nasi, paten tidak diperakukan walaupun ada orang yang request untuk patenkan cara masak nasi. Lihat syarat pemberian paten. Kalau cara masak nasi telah dipatenkan, tidakkkkkk …. abis la dunia ni … nak masak nasi pun kena bayar royaliti kepada empunya paten. Ha, ha, ha ….

  9. Ismail bin Mahfoz

    Salam ziarah tuan…
    saya mohon copy artikel ni untuk tambah pengetahuan saya dan bisness saya, terima kasih…

  10. soalan sy keluar tajuk skit. mcmana dgn Sodium Hydroxide atau LYE dlm pembuatan sabun.. kat mana kita boleh dptkan LYE ni ye..

  11. Salam.. apakah kesan jika air abu dan kapur dicampurkan sekali dlam pembuatan mee kuning?

    • CaOH + CaHCO3 + Na2CO3 = kealkalian larutan bertambah

      kalau tak silap boleh bercampur dan tiada tindak balas antara satu sama lain (dengan andaian bahawa campuran adalah larutan), tetapi dalam proses industri dengan menggunakan cara tertentu (yang dipatentkan http://www.google.com/patents/US5219541) tindak balas ke belakang boleh berlaku iaitu penghasilan natrium hidroksida daripada natrium karbonat yang ditindak balaskan dengan kalsium hidroksida

      CaCO3 + NaOH —-> Na2CO3 + Ca(OH)2

      so dalam keadaan biasa ion kalsium tak cukup tenaga untuk curi ion karbonat daripada natrium…. kesian kat kalsium kan….

      tapi kalau banyak sangat campuran alkali, nanti mee jadi kelat@pahit la pula … mee komersil, boleh dikatakan tinggi kandungan air abu … jadi mee itu kuat rasa dan bau air abunya.

  12. saya nk tnya mcm mna nk nt mee kuning tahan lama..tnpa mggunakn asid borik?

  13. adakah alkaline water aka lye water sama fungsinya dgn air kapur yg digunakan utk kuih2 dan goreng pisang?

  14. Bagi kuantiti soda bikarbonat yg dibakar oleh saudara tu brapa kuantiti air yg digunakn untuk menghasilkn air abu?

    • update :
      daripada kajian secara tak langsung selepas beberapa tahun, untuk 1 kg tepung jumlah bikarbonat soda / baking soda / natrium bicarbonat / bla2 (macam2 nama tp benda yang sama) yang boleh digunakan adalah sehingga 1/4 sudu teh.

      nota : proses penukaran bikarbonat soda ke natrium karbonat memerlukan pembakaran, lihat formula tindak balas di atas. di mana air disingkirkan dalam bentuk wap/gas. kepada yang bertanya sebelum ini, boleh kah sekadar guna air panas ? hmmm …. paham2 sendiri je lah …

      kalau anda membeli mi segera/mi kering, perhatikan natrium karbonat/sodium carbonat adalah salah satu bahan/ingredient dalam pembuatan mi kering.

  15. assalamualaikum… bolah x sy nk gune kn air abu ni utk membuat cendol ??
    dan tau x sukatan nye?

    • kalau dalam pembuatan mi, soda karbonat adalah sebagai bahan untuk mengeraskan tekstur mi. adunan mi pula diadun keras sebelum diuli dengan mesin.

      maaf tak pasti boleh ke tidak … . boleh cuba kau nak tahu, buat sedikit eksperimen. mungkin tekstur cendol yang dihasilkan adalah berbeza daripada penggunaan air kapur.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 136 other followers

%d bloggers like this: