Resepi : Mee kuning


Seperti yang dijanjikan, kita akan membincangkan cara2 membuat mee kuning kat rumah @ “home-made”. Bagi memudahkan proses pembuatan mee, sebaiknya peralatan berikut diperlukan

  • Mangkuk untuk mengadun tepung, agak besar dan tahan lasak
  • Mesin mee tangan untuk mencanai dan memotong mee.
  • Penapis untuk rebus mee, ikut saiz periuk. Penapis dan mee mentah boleh terendam penuh dalam air rebusan.
  • Periuk saiz yang sesuai, dalam atau mengikut saiz penapis. Untuk merebus mee mentah.
  • Senduk, garfu atau chopstik (penyepit). Untuk mengacau semasa merebus dan untuk menyejuk selepas di angkat.
  • Talam aluminium atau plastik yang lebar dan besar.
  • Bekas untuk menyimpan.

Seterusnya, bahan2 pula …

Bahan2

  • 1 kg tepung gandum biasa
  • sedikit bikarbonat soda (hujung sudu teh)
  • sedikit pewarna kuning (3 – 5 titik sahaja)
  • secubit garam
  • air (segelas untuk bancuhan dan air untuk merebus secukupnya)
  • minyak masak

Langkah 1

Bikarbonat soda perlu dibakar untuk menukarkan ia kepada karbonat soda, lihat artikel soda abu (link).

Selepas soda karbonat dihasilkan, larutkan ia ke dalam segelas air bersama garam dan juga pewarna kuning. Kunyit tidak boleh digunakan kerana kunyit mempunyai rasa yang kuat dan ia akan bertindak balas dengan bahan2 alkali dan menjadi warna merah. Hi, hi anda boleh gunakan kunyit sebagai penunjuk pH bagi bahan alkali.

Kah, kah, … macam mana lah badan yang dikatakan profesinal boleh gunakan air kunyit untuk menganalisis kandungan mee?? Isyh, isyh … kenapa mereka tak buat betul2 analisis makmal sebelum mengeluar sebarang kenyataan media dan mengelirukan orang ramai. Kalau mereka tak tau, analisis makmal lebih terperinci dan tepat kerana kat labs baru ada mesin analisis kromatografi seperti GLC, GC, HPLC, bla, bla, bla …

Doh ini kau pakai air kunyit je untuk buat analisis, kesiannya …

Tahukah anda ? Selain air kunyit, air rebusan kobis ungu@merah juga boleh digunakan sebagai penunjuk pH? Cubalah … (panduan kat bawah sekali posting ini).

Balik cerita pasai buat mee.

Langkah 2

Masukkan 1 kg tepung ke dalam mangkuk adunan. Tuang suku atau setengah gelas air bancuhan tadi ke dalam tepung. Tepung yang diuli mestilah “agak keras”, jangan lembut sangat kerana ia akan memberi masalah semasa nak mesin potong mee nanti. Cukup sekadar serbuk tepung bergumpal dan dapat menjadi ketulan. Jika perlu tambah sedikit air bancuhan supaya serpihan yang tidak bergumpal dapat bergumpal.

Uli dengan tangan sehingga tepung2 itu menjadi beberapa ketulan. Saiz ketulan agak2 seperti saiz penumbuk. Jika dilakukan dengan betul semua tepung bergumpal menjadi ketulan, dan semua tepung digunakan tanpa perlu menambah lagi tepung dan boleh dikatakan tiada tepung dibazirkan.

Langkah 3

Ulikan tepung beberapa kali dengan mesin mee supaya tepung mee itu sebati dan menjadi kepingan tebal (paling tebal ikut saiz mesin).

Pada masa ini kita boleh sedia memanaskan air untuk merebus mee. Oleh kerana kita gunakan penapis mee semasa merebus, paras air rebusan hendaklah menenggelamkan penapis itu. Tuangkan kira2 lima sudu besar atau satu senduk kecil minyak ke dalam air rebusan. Panaskan air ini dengan api sederhana sehingga air mendidih.

Langkah 4

Sekarang kepingan tepung mee yang tebal itu dicanai nipis ke saiz yang sesuai. Jika anda gemar makan mee yang halus seperti mee segera, canaikan saiz kedua atau ketiga ternipis.

Langkah 5

Seterusnya tukar mod ke bahagian pemotong dan potong tepung tadi dengan bahagian pemotong mee. Sebaiknya hasil potongan di susun panjang dan tidak digumpalkan. Jika air rebusan telah mendidih, masukkan tepung potongan mee ini ke dalam penapis dan rebus selama kira-kira 3 minit sahaja (cukup sekadar tepung telah masak dan terapung dalam air rebusan). Lebih nipis mee maka ia lebih cepat masak. Balik2kan mee dengan garfu atau cop stik semasa merebus jika perlu.

Toskan mee itu dan kemudian serakkan atas talam untuk menyejukkannya. Gunakan copstik atau garfu untuk membalik2kan mee yang panas bagi mempercepatkan ia sejuk. Oleh kerana kita telah merebus mee dengan air rebusan yang dicampur minyak masak yang agak banyak, maka biasanya kita tidak perlu menambah lagi minyak kepada mee yang telah disejukkan. Tolak mee yang disejukkan ketepi.

Ulangi langkah ini sehingga semua mee direbus. Jika air rebusan berkurangan, sila tambah air dan jika perlu tambah sedikit lagi minyak bagi mengantikan minyak yang telah digunakan. Jika tidak mee hasil rebusan terkemudian akan melekat.

Gambar hiasan dari blog orang, soli kamera rosak tak boleh nak shoot gambar. Hu, hu, hu ...

Budaya masakan : Asia Timur terutama negara China.

Anggaran : 1 kg tepung dapat menghasilkan 2 kg mee.

Selamat mencuba!


Coretan Alkimia

Maklumat lanjut

Home experiment, kalau rajin …

About these ads

Posted on 19 Julai 2011, in Resepi. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. nmpk menarik..papepon rase cam nk wat mee plak lpas nie…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 143 other followers

%d bloggers like this: