Resepi : Cara Mudah Buat Taufu fa


Kalau pergi ke pasar malam atau ke bazar ramadhan, sering kali kita akan terjumpa penjaja yang menjual taufufa. Taufufa adalah tahu lembut, macam puding. Terdapat pelbagai cara hidangan mengikut budaya sesebuah masyarakat, ada yang menghidangkannya pedas, ada yang dengan kicap soya, ada yang manis,  bersantan dan sebagainya. Di negara kita taufufa dihidangkan bersama sirap air gula putih atau air gula perang (gula merah).

Taufufa

Dofu hua, or Tofu Flower, is a soft tofu dish, with sugar syrup on top. Lamma Island, Hong Kong. Wiki

pelbagai cara hidangan

Cara membuatnya …

Alatan yang diperlukan

Periuk pengukus (steamer), periuk kecil, mangkuk terbikar atau apa2 yang tahan panas. Apa2 jenis pengukus boleh digunakan. Jika tiada periuk pengukus, boleh gunakan periuk biasa, pan, kuali sebagai pengukus.

jenis ini boleh diletakkan dalam kuali, pan atau periuk, sebagai pengukus.

Susun atur dalaman, menggunakan periuk/kuali/pan sebagai pengukus

Bahan2

  • Tahu lembut, bukan tahu telur atau tahu biasa. (bilangan ikut suka, mulakan dengan 1 dahulu)
  • Air secukupnya untuk mengukus.
  • Air gula (sama ada gula perang atau gula pasir)

Kaedah membuat

  • Apabila air dalam periuk pengukus mendidih, kukus tahu lembut ini selama 2-3 minit (atau agak2 sudah masak).
  • Selepas masak keluarkan dari pengukus.
  • Buangkan lebihan air yang keluar dari tahu.
  • Hidangkan bersama air gula. Kepekatan gula ikut suka. Lihat resepi dango untuk cara buat air gula melaka.
  • Sedia untuk dimakan.

Nota : Taufufa ini rasanya lebih enak kerana tekstur tahu adalah lebih lembut, lebih halus dan sedikit kenyal berbanding taufufa yang dijual di gerai.

Kaedah ini adalah alternatif kepada taufufa penjaja kerana adakalanya kita mungkin terbeli taufufa yang sudah basi di pasar malam atau di bazar2 ramadhan.

Budaya masakan : China.

Selamat Mencuba

Coretan Alkimia

About these ads

Posted on 18 Ogos 2011, in Resepi and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. 12 Komen.

  1. Satu cara lain yang lebih mudah dan lagi simple daripada kaedah di atas adalah …

    1. potong tahu kepada beberapa kepingan (tidak terlalu tebal dan tidak pula terlalu nipis)
    2. rebus di dalam air gula dengan api sederhana. (air gula perlu disediakan/dimasak terlebih dahulu)
    3. biar rebusan itu mendidih selama beberapa minit.
    4. kacau perlahan atau dengan lembut sepaya tahu tidak hancur.
    5. angkat dan sedia dihidangkan dan makan.

    Rasanya la (belum cuba lagi), dengan kaedah ini tekstur tahu lebih lembut macam puding.

    Selamat mencuba.

  2. Taufu lembut di mana boleh dapati??????

    • biasanya kat pasaraya besar macam Tesco, Jusco, Carefur, Giant, bla, bla, bla … yang ada jual barang basah seperti sayur dan ikan. kat pasar pun mungkin ada.

  3. saya ada buat puding taufufa…makan dgn buah laici,sedap jugak:)

  4. terima kasih atas perkongsian..boleh cuba nie

  5. suka tip2 mudah mcm nih…thank you for sharing! nak cilok gamba tofu tu boleh tak? i’ll link it to your blog. Thank you!

  6. azleen khamis

    terima kasih atas info di atas…saya amat menghargainya

  7. tersangatla mudah… ada ape2 resipi lagi ke… akak ni suke yg mudah dan senang saje…..

  8. hahaha, buat pe lah aku susah-susah rendam soya, blend tapis dari pagi sampai petang baru boleh makan…. bijak idea ni.. tk teman…

    • إن شاء الله … kami akan posting resepi buat taufufa yang real punya, tapi tak pasti lg bila. cara buat taufufa tak la begitu susah kalau betul caranya, cuma prosedur pembuatan agak ketat. minimum error ….

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 171 other followers

%d bloggers like this: