Resepi : Laksa Utara Cara Mudah


Resepi hari ini … Cara mudah dan cepat untuk masak laksa utara, cepat dan sedap. Hidangan untuk 5@6 orang.

Gambar hiasan :-D

Cara membuatnya …

Bahan2

  • 1 paket laksa basah / laksa kering, laksa basah yang dibuat sendiri lagi ok.

  • 1 tin besar ikan sardin mackerel (cap ayam atau king cup), ikan mackerel sahaja. kalau sardin tamban, rasa lari dan kuah gelap sikit

  • 10 hingga ke 20 tangkai cili kering*
  • 1 atau 2 keping asam keping
  • 1 ikat daun kesum
  • 2 labu bawang besar
  • bunga kantan (bilangan ikut suka)
  • garam secukup rasa (1 sudu besar atau lebih)
  • air secukupnya
  • 1 sudu besar sos tomato (Live, Delmote, Kimbal dan yang rasa sama sepertinya sahaja, sos tomato maggie tak boleh digunakan (manis))

* – boleh digantikan dengan cili kering yang telah siap dikisar (3 hingga 5 sudu besar, jika pekat ATAU ikut rasa nak pedas atau pedas sedikit), mesti kisar sendiri … cili kisar@cili boh beli kat kedai telah dicampur pelbagai bahan lain jadi tidak boleh digunakan, nanti rosak rasa kuah laksa.

Bahan2 rampai

  • salad
  • cili merah
  • limau kasturi
  • telur rebus
  • bawang besar
  • timun
  • daun pudina
  • nenas

Semua bahan rampai dibasuh bersih2, dipotong atau diracik atau dihiris seperti mana hidangan laksa yang biasa anda lihat. Bahan2 rampai ini ikut suka, kalau tak ada langsung pun tak da masalah.

Cara Memasak

  1. Potong cili kering pendek2 (dalam seinci) dan kemudian rebus cili kering dalam periuk kecil sehingga kembang. Cara lain, rendam dalam air panas hingga kembang atau apa2 cara pun boleh untuk dibuat cili kisar. Toskan dan basuh, bilas lebihan air cili itu. Cili kering yang direbus ini akan dikisar bersama bawang besar.
  2. Bawang besar dibersihkan dan dibelah 4 atau 8, kisarkan (pakai blender) bawang ini bersama cili tadi dengan air secukupnya. Jika gunakan cili yang telah siap dikisar, kisar bawang sahaja.
  3. Gunakan periuk agak besar (macam saiz periuk nasi 1.8L) untuk memasak kuah.
  4. Masukkan bahan kisaran itu ke dalam periuk dan 1@2 cawan air, dan panaskan dengan api kecil.
  5. Sekarang kita akan kisar ikan pula.
  6. Keluarkan ikan sardin dari tin, buangkan perut ikan jika ada. Masukkan ikan itu ke dalam blender. Sos tomato sardin jangan dibuang, masukkan ke dalam periuk kuah.
  7. Kisar ikan dengan air secukupnya (paras air mesti lebih tinggi dari ikan, kerana kisaran akan menjadi pekat dan tak dapat dikisar dengan lancar). Jika perlu bahagi kepada 2 bahagian dan kisar 2 kali berasingan.
  8. Masukkan ikan yang telah dikisar halus ke dalam periuk kuah.
  9. Tambah 1.5L air atau air secukupnya (supaya kuah tidak terlalu pekat dan juga tidak terlalu cair) ke dalam periuk kuah, rebus dengan api kuat atau sederhana.
  10. Basuh asam keping bersih2 dan masukkan ke dalam periuk.
  11. Masukkan lebihan sos tomato sardin dan 1@2 sudu besar sos tomato ke dalam periuk kuah.
  12. Basuh bersih daun kesum dan masukkan ke dalam periuk.
  13. Bunga kantan dibasuh dan dibelah 4, masukkan ke dalam periuk.
  14. Masukkan 1 sudu besar garam dan biarkan sehingga kuah mendidih.
  15. Selepas kuah mendidih, rasa … jika garam tak mencukupi, tambah lagi garam secukup rasa. Kalau nak tambah 1 sudu besar sos tiram pun boleh. Perlahankan sedikit api (api kecil atau sederhana), biarkan kuah terus mendidih selama beberapa ketika lagi (15 ~ 20 minit … ).
  16. Sementara menuggu kuah laksa mendidih, sediakan periuk untuk mencelur atau merebus laksa basah.
  17. Basuh laksa basah, toskan dan rebus 2-3 minit dalam air mendidih. Toskan dan letakkan laksa dalam bekas hidangan.
  18. Sedia untuk dihidangkan. Hidangkan bersama bahan2 rampai.

Budaya masakan : Masakan tradisi tempatan

Selamat Mencuba

Coretan Alkimia

About these ads

Posted on 7 September 2011, in Resepi and tagged , , , . Bookmark the permalink. 8 Komen.

  1. nurul aida binti ahmad ali

    mana imej laksa utaranya,korng ni apalah sengkek sangat gmbr x de tapi bahan (2 x) dgn cara menyediakn ada pula…….

    • Nak wat cam maner, semua kamera dah kong… ha, ha, ha. Sori la tak da gambar, pakai gambar dari Google jer.

      Apa pun resepi original tak da cut-cut @secret resepi, beza daripada cara biasa … kalau cara biasa, beli ikan ikan kembung/sardin/parang atau yang sewaktu dengannya, pastu bersiang, pastu basuh bersih2 dengan asam garam, nak kena rebus, pastu buang tulang dan blend (blend tulang boleh gak, tapis dan ambik airnya sahaja. Banyak kerja, meleh, maleh… tak da masa, … leceh. Apa pun bahan utama tak boleh skip. Bahan utama : ikan (secukupnya), bawang besar, cili, daun kesum, air dan asam keping. n laksa.

      Senang sangat nak masak laksa, straight forward macam dalam resepi, hari-hari boleh masak laksa. Cara ini bukan baru, resepi tradisi, biasanya pakai 2-2 ikan basah dan sardin tin makerel.


      Selamat Mencuba

  2. x pkai belacan ye..laksa utara pakai nenas ka?mcm laksa johor je

    • soli ler lambat nak replai sibuk sangat.

      i see, i see, nak masak pon kena pakai undang2 . susah doh kalau lagu ni, tak pasai kena dakwa pasai tak ikut buku resepi. masak pun kena ada tauliah ka? tapi tok saya sedili masak sedili makan ma , ha, ha, ha …

      tapi-tapi menurut takrifan Pn. Sa’adiah Mohammad dalam buku Aneka Masakan Gerai, terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd. nombor rujukan ISBN 983-124-096-0, pada muka surat 18 dalam segmen bahan2, kolum kiri sekali, baris pertama di bawah tajuk “* bahan-bahan:”, Laksa Johor menggunakan 800 gram spageti. Dan di dalam bahan2 juga tidak dinyatakan nenas, sebaliknya menggunakan santan, pes udang, serai, halia, lengkuas dan lain2. Jadi ini membuktikan resepi laksa di atas tidak menyerupai Laksa Johor sama sekali. Ha, ha, ha, ha …. releks bro, gurau jer, ha, ha, ha, ha, ha, ha ….

      tapi kalau ikut takrifan yang lebih mudah, laksa utara bermaksud laksa yang dimasak rasanya stail utara no. masakan utara bermaksud masakan yang dimasak stail utara, masakan gerai bermaksud masakan yang dimasak stail gerai dan masakan mamak adalah masakan yang dimasak stail mamak. kalau laksa johor, laksa yang dimasak rasanya stail johor, begitu juga kedah, kelantan, perlis dan lain-lain negeri.

      belacan, pes udang, sos tiram, ajinomoto adalah bahan penambah perisa (bukan bahan utama). kalau tak nak pakai pun tak apa, bukan syarat wajib pun . lagi pun siapa ada penyakit resedung, alah sikit dengan belacan ni. tambah pula dalam berita kat TV dulu2, melaporkan terdapat pengusaha belacan yang memproses belacan sekali dengan ulat2 lalat. tobat tak nak makan belacan dah. weekkk …

      seperti yang dikatakan bahan2 rampai itu hanya hiasan yang tabur kat atas semasa hidangan. bahan2 rampai ikut suka masing2. kalau nak bubuh – bubuh, tak nak sudah. kalau tak da bahan rampai sekali pun, rasa laksa tetap rasa laksa … bukan rasa pizza atau burger king no. ha, ha, ha …

      nasi lemak yang banyak dijual pagi2 kat merata2 gerai dan restoran, nasi lemak kosong ka (tak da sambal langsung), sambal ikan bilis ka, sambal bawang ka, sambal ayam ka, sambal kerang ka, sambal sardin ka, sambal cili rebus ka, rendang ayam ka, rendang daging ka … semuanya adalah nasi lemak. boleh dikatakan rasa nasi lemak setiap peniaga adalah berbeza-beza, macam2 stail masakan … tapi itu semua dinamakan nasi lemak no.

      tQ bro, thanks for the jokes. ha, ha, ha, ha …

  3. firdaus alfier

    laksa perak ada nenas….tp sama je…ikut citarasa yang nak makan…

    • yep … hi, hi, hi …

      dulu2 rojak pasembur dan cing cong fan tak ada sosej … la ni ada, dan penjual tetap jual sebagai rojak pasembur dan cing cong fan, masing2. ikut citarasa yang nak makan, kan, kan …

    • xkan perak kut………

    • hehe.. laksa utara mmg ada letak nanas.. kalau xcaya p dekat kuala perlis.. try laksa belut kg nelayan.. mmg ada nanaih.. :)

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 145 other followers

%d bloggers like this: