Resepi : Puding Kastard Karamel


Posting hari ini sekadar artikel filler, tetapi resepi ini agak menarik untuk dicuba. Apa nama budak ni tah … err, err, jap cek dulu :-) … haa, adik nurul aida kali ni tak payah susah2 nak belajar masak pakai gambar rajah. Cara memasak yang lengkap telah ditunjukkan dalam video. No problem punya. Puding karamel ini sangat digemari oleh kanak2, orang dewasa pun suka gak sebagai desert.

Macam mana rupa puding ni ? Ini dia …

puding-kastad-karamel

Resepinya …

Hidangan untuk 4 orang. Cuba ikut resepi dulu, kalau berjaya baru adjust untuk tambah bilangan hidangan.

Bahan2

Bahan2 agak mudah dan tak banyak.

Karamel
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu besar air
  • 1½~2 sudu besar air panas
Campuran telur
  • 2 biji telur
  • 250 ml susu (8.45 fl oz)
  • 5 sudu besar gula
  • acuan puding 130 ml (4.4 fl oz)
  • mentega tanpa garam@Unsalted Butter. Sikit komen : rasanya la … mungkin boleh juga guna marjerin yang tak masin

Cara Memasak

Cara memasak secara keseluruhan ditunjukkan dalam video di bawah. Memperkenalkan cikgu memasak yang agak popular di Internet …

  1. Mula2 kita akan buat sos karamel untuk puding kastard.
  2. Sapukan mentega dalam acuan punding. Ini bagi memudahkan kita mengeluarkan puding dari acuan nanti.
  3. Masukkan gula dan air ke dalam periuk.
  4. Panaskan periuk dengan api sederhana. Sebaiknya gunakan periuk bertangkai@berpemegang macam pan.
  5. Biarkan sehingga gula keperangan sedikit.karamel01
  6. Goyang-goyangkan periuk untuk mengacau cecair di dalamnya supaya rata keperangannya.
  7. Hanguskan gula seperti ditunjukkan dalam video.karamel02
  8. Matikan api dan jauhkan periuk dari haba.
  9. DENGAN SEGERA tuangkan beberapa senduk air ke dalam gula hangus dengan menggunakan senduk (dengan tangkai yang agak panjang). Nak elak terkena percikan gula panas semasa di tuangkan air ke atasnya.
  10. Goyang2kan periuk (untuk mengacau) jauh dari anda supaya tak terkena percikan gula karamel panas dan melecurkan tangan anda.
  11. Goyang2 periuk untuk kacau karamel rata2.
  12. Tuangkan karamel panas2 sama banyak ke dalam acuan.
  13. Sekarang kita akan buat campuran telur pula.
  14. Pecahkan dua biji telur ke dalam mangkuk.
  15. Kacau telur dengan lembut menggunakan pemukul telur.
  16. Jangan biarkan hujung pemukul telur bersentuh dasar mangkuk untuk mengelak menghasilkan terlalu banyak buih.
  17. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk, dan panaskan periuk.
  18. Kacau susu dengan sudip sehingga semua gula terlarut. Matikan api.
  19. Tuangkan susu perlahan-lahan (rasanya suam sahaja, tak terlalu panas) ke dalam telur tadi sambil mengacau dengan pemukul telur. Kacau pun dengan perlahan2 gak sehingga sebati.
  20. Tapis campuran telur-susu ini dengan penapis berjaring halus. Kikis lebihan campuran telur di bawah penapis dengan sudip.
  21. Buangkan buih2 di permukaan dengan sudu.
  22. Tuangkan campuran telur ini ke dalam bekas yang mudah untuk dituang, seperti cawan penyukat.
  23. Langkah seterusnya adalah mengukus puding.
  24. Tuangkan campuran telur itu ke dalam acuan2 karamel tadi.
  25. Tutup setiap acuan dengan foil aluminium. Tujuan ini adalah untuk mengelakkan permukaan puding dari menjadi kering. Ini juga membantu puding dikukus dengan sekata.
  26. Panaskan air dalam pan sehingga meruap, lihat video. (kaedah mengukus dalam pan) kukus01
  27. Letakkan dengan cermat bekas acuan puding ke dalam pan. Tuala dapur digunakan bagi menyerap lebihan haba di bahagian bawah.
  28. Air hendaklah mencukupi iaitu dapat menenggelamkan separuh daripada acuan itu.
  29. Tutup pan dengan penutup.
  30. Kekalkan kepanasan air di bawah takat didih (maksudnya air panas tetapi jangan sampai mendidih). Perlahankan api jika perlu.
  31. Kukus selama 18 hingga 20 minit.
  32. Jangan biarkan air mendidih kerana ia akan menyebabkan tekstur puding tidak lagi lembut dan licin.
  33. Dengan memakai sarung tangan dapur, keluarkan acuan puding dari pengukus.
  34. Biarkan puding beberapa ketika sehingga sejuk.
  35. Selepas sejuk, simpan puding dalam peti sejuk.
  36. Cara menghidang puding pula.
  37. Dengan menggunakan hujung pisau plastik yang kecil dan nipis, pisahkan bahagian tepi puding dari bekas. Pisau tidak perlu di benam terlalu dalam. Lihat video untuk lebih jelas.puding01
  38. Ketuk perlahan2 satu bahagian acuan sambil pusingkan acuan itu untuk menanggalkan puding.
  39. Hidangkan puding di dalam piring.
  40. Sedia untuk di makan.

puding-kastad-karamel2

Budaya masakan : ??? mmm ntah tak tahu, mungkin barat kot. mungkin.

Kalau berminat ada banyak lagi resepi menarik kat channel Cooking with Dog, sila subscribe (anda perlu mempunyai akaun Youtube untuk Like atau subscribe).

cookingwithdog

先生、教えて下さってありがとうございます。本当にありがとうございます。

Selamat Mencuba

Coretan Alkimia

About these ads

Posted on 9 Oktober 2011, in Resepi. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 163 other followers

%d bloggers like this: