Resepi : Nasi Goreng Sardin


Resepi hari ini juga agak simple tetapi sedap, sebagai alternatif sarapan pagi bagi nasi lemak, rotai canai dan sebagainya. Kalau sebagai hidangan makan tengah hari atau malam pun tak da masalah. Nasi goreng memang best makan bila2 masa. “… ai nasi goreng … “. Jimat belanja.

sardin-local

Resepi ini straight forward, jadi kurang sesuai untuk mereka yang baru belajar memasak menggunakan gambar rajah. Hi, hi, hi … Masa zaman kita orang kecik2 dulu buku resepi cuma ada gambar masakan siap, tak gambar rajah cara memasak satu per satu. Ish, ish … budak2 zaman sekarang manja sangat, nak belajar masak sampai nak kena suap macam anak burung. Sori2 jangan marah, jangan terasa … lagu ini ditujukan khas kepada *beep*. Ha, ha, ha … (saja seronok menyakat anak burung)

Resepinya …

Bahan2

  • 2 pinggan nasi sejuk, nasi putih yang tak habis makan semalam.
  • bawang besar dihiris nipis2 (kalau bawang tu saiznya besar sangat, ambil suku jer. kalau besar penumbuk bayi, boleh ambil sebiji atau setengah.)
  • 2 atau 3 ulas bawang putih, juga dihiris halus2.
  • 2 @ 3 sudu besar cili kisar (cili kering yang direndam kembang dan kemudian dikisar sendiri, bukan cili boh atau cili kisar beli kat kedai yang biasanya mengandungi bahan pengawet)
  • 1 tin sardin kecil (cap apa2 pun boleh, tapi lagi best kalau brand sardin yang berkualiti)
  • garam secukup rasa (mungkin setengah sudu teh, ikut lidah masing2. Ada orang kuat makan garam, ada juga yang tak makan garam, ada gak yang tak cukup garam. Ada murid bila orang bagi resepi dengan mengatakan “garam secukup rasa”, dia marah balik kat cigku … nak ukuran tepat, unit SI. Isyh, isyh … kalau orang tak bagi resepi kata orang kedekut ilmu pulak. Isyh, isyh … anak burung, anak burung.)
  • sedikit kicap kalau suka.
  • 1 sudu teh gula pasir.
  • cili padi ikut suka, kalau nak lebih pedas.
  • cili merah sebagai deco, kalau suka.
  • 2 atau 3 sudu besar minyak masak.
  • apa2 sayur ikut suka (kalau boleh yang jenis tak ada rasa/aroma atau aroma yang tidak kuat, macam kobis)

(jumlah bahan boleh di adjust ikut kesesuaian, jumlah nasi atau citarasa)

Cara memasak

  • Bawang besar dan bawang putih diracik. Cili padi (kalau suka) di belah dua.
  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Apabila minyak sudah panas, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau atau sedikit kekuningan.
  • Masukkan cili kisar dan tumis cili itu sehingga masak. Api jangan terlalu kuat @ besar, sederhana atau kecil sudah memadai.
  • Masukkan gula dan goreng. Jika gula cukup, cili tumis itu akan menjadi gelap sedikit warnanya.
  • Masukkan ikan sardin bersama sosnya dan goreng. (buang perut ikan kalau ada terlebih dahulu, pecah2kan isi ikan semasa mengoreng menjadi ketulan kecil)
  • Masukkan sedikit kicap kalau suka.
  • Masukkan nasi putih dan goreng sebati hingga naik wap sedikit (cukup panas).
  • Bila dah masak sedia dihidangkan.

TIP : Nasi yang tak habis makan semalam, untuk mengelakkan pembaziran dan basi begitu sahaja. Eloklah disimpan dalam peti ais. Kalau nak tahan lagi lama, simpan terus dalam pembeku. Sebelum memasak nasi goreng, rendam nasi beku itu dalam air, biarkan beberapa ketika atau sehingga anda boleh leraikan butiran nasi itu. Leraikan butiran nasi, bilas dengan air lalu dan toskan dengan menggunakan penapis. Semasa hendak menggoreng, sebelum memasukkan nasi ke dalam kuali, perah nasi untuk membuang lebihan air bagi mengelakkan nasi goreng menjadi nasik goreng lembik. Kaedah ini juga boleh digunakan bagi menebus semula kerak nasi yang tebal tetapi tidak hangus, untuk dijadikan nasi goreng.

gambar hiasan, pijam gambar (gambar jer, pak cik google bagi link) dari : http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/2011/06/nasi-goreng-sardin.html

Budaya masakan : tempatan

Selamat Mencuba

Coretan Alkimia

About these ads

Posted on 9 Disember 2011, in Resepi and tagged . Bookmark the permalink. 8 Komen.

  1. Kalau x guna cili kering bleh x?

  2. Sedap x kalu mkn ngn telor? – saye bkn ank burung :P

  3. Ikan sardin Ayam brand lebih sedap dan enak berbanding jenama lain.

  4. Tetapi apa jua topik, isu, perbincangan dan forum serta tajuk di Coretan Alkimia asyik pakai latar belakang rolling stock tren sahaja. Khasnya tren shinkansen. Topik lain yang tidak ada kaitan dengan keretapi atau tren pun hantam dengan gambar tren atau shinkansen jugak. Tidak peduli,

    • standard blog template, tak boleh nak customize atau reprogram semula ikut kategori kontent …. apa pun saya memang suka suasana harmoni pemandangan keretapi bersama panorama alam … ala backdrop je kan, sekadar decoration jer … ha, ha, ha … kita minum dulu …

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 147 other followers

%d bloggers like this: