Resepi : Lempeng Kelapa Tradisi


Satu masakan tradisi yang sangat mudah disediakan dan bahan pun tak banyak. Sesuai sebagai sarapan pagi dan juga minum petang. Juga sesuai dihidangkan sebagai sarapan kepada tetamu yang ramai. Alternatif kepada roti canai dan nasi lemak. Tak dinafikan terdapat banyak variati lempeng kelapa yang dimodenkan, tapi dalam pos ini kita bincangkan resepi tradisi. Simple jer.

Resepinya …

Bahan

  • 1/4 – 1/2 biji kelapa parut putih sahaja, tapi kalau takda hentam je kelapa parut biasa (buangkan kerak perang isi kelapa. lagi baik kalau kelapa diparut sendiri dengan kukur tradisi. nostagianya, hi, hi, hi …) jumlah kelapa yang digunakan adalah mengikut saiz hidangan atau ikut suka.
  • 300 gram – 500 gram tepung gandum atau ikut saiz hidangan (boleh tuning2, rasa dia tak lari sangat kecuali jika perbezaan nisbah kelapa dan tepung terlalu besar).
  • garam secukup rasa (nanti rasa bancuhan tepung tu, ada rasa masin sikit tetapi tidak terlalu masin atau tawar)
  • air secukupnya
  • sedikit je minyak, supaya tak lekat dan masak nampak cantik
  • kuali atau pan atau plate untuk mengoreng
  • apa2 kuah sambal ker, gulai ker, rendang ker, kari ker, atau apa2 untuk mencicah supaya lagi sedap. susu pekat dan gula pasir pun boleh. susah2 beli kuah kari kosong RM2@RM3 ringgit kat restoran mamak lagi senang. kalau tak ada boleh gak buat kuah kari simple, resepi ada kat bawah.

(kalau takut kolestrol tinggi dalam kelapa, boleh tambah oat kasar dalam nisbah 2 kelapa parut  : 1 oat kasar. gluten oat akan menyerap kolestrol, bla, bla, bla … )

Cara memasak

Cara cepat panaskan kuali dahulu, cara biasa panaskan kuali kemudian selepas bancuhan disediakan. Kalau panaskan kuali dahulu, jangan ambil masa yang lama untuk menyediakan bancuhan tepung.

  1. panaskan kuali/plate/pan dengan api paling perlahan.
  2. titikkan beberapa titik minyak dan ratakan minyak pada permukaan.
  3. masukkan kelapa parut ke dalam mangkuk/bekas yang agak besar saiznya. macam saiz mangkuk nasi tambah.
  4. masukkan secawan air dahulu dan setengah sudu teh garam
  5. jika anda mengunakan kelapa parut yang disejuk bekukan, biar seketika sehingga semua ketulan kelapa parut terlerai halus.
  6. masukkan tepung ke dalam bekas.
  7. gunakan senduk nasi untuk mengacau dan menyukat.
  8. tambah air sedikit demi sedikit sambil mengacau sehingga bancuhan tepung menjadi seperti bubur (tidak terlalu cair dan tidak pula likat). kalau cair sangat permukaan lempeng menjadi rata dan lempeng lembik dan kalau likat sangat, lempeng akan keras dan sukar sikit nak meratakan tepung semasa hendak menggoreng.
  9. tambahkan garam jika perlu, secukup rasa dan kacau rata2.

    IMG00927-20101105-1722

    gambar hiasan bancuhan tepung lebih kurang begini, px dari http://sweetyatt.blogspot.com/2010/11/lempeng-kelapa.html

  10. cedok satu atau dua senduk nasi bancuhan tepung dan tuang atas kuali/pan/plate pemanas.

    IMG00929-20101105-1723

    gambar hiasan masak atas plate, px dari http://sweetyatt.blogspot.com/2010/11/lempeng-kelapa.html

  11. kemudian ratakan tepung itu menjadi kepingan bulat besar, anggaran ketebalan lempeng adalah sekitar 1/2 cm sahaja. ratakan tepung rata2 sebaik sahaja diletak atas plate pemanas.
  12. masak dengan api sederhana kecil, jika terlalu panas permukaan lempeng akan cepat hangit (kehitaman) tetapi lempeng tak cukup masak di dalamnya. jika api terlalu perlahan, lempeng akan mengambil masa terlalu lama untuk masak. anggaran tempoh masak bagi setiap kepingan adalah sekitar 5 hingga 10 minit. (pastikan sendiri)
  13. semasa permukaan sebelah bawah mula masak penuh dan sebelah atas masih bertepung putih, terbalikkan lempeng. selepas diterbalikkan, tekan supaya permukaan bawah ini juga rata sedikit.
  14. masak sehingga kedua-dua belah masak perang ke emasan.
    IMG00930-20101105-1745
  15. ulangi proses ini sehingga semua tepung habis di masak dan untuk setiap kali, titikan beberapa titik minyak supaya kepingan lempeng masak secara sekata.
  16. sedia untuk dihidangkan dan dimakan.
Lempeng nyor

gambar hiasan, api kuat sangat. bahagian tengah agak kehitaman

Kuah Kari Telur Simpel

(opsyenal, kalau tak ada kuah lain)

Bahan2

  • 2 biji bawang merah dimayang ATAU 1/2 biji bawang besar dimayang (agak2) untuk menumis
  • 2 ulas bawang putih juga dimayang
  • 2 biji telor ayam (gred AA, atau 3 biji gred C) – jumlah telur ikut suka
  • garam secukup rasa (mungkin 1/2 sudu teh dan agak rata)
  • gula secukup rasa (sikit jer, mungkin 1/4 sudu teh)
  • 1/2 sudu besar atau 1 sudu besar sos tiram atau apa2 penambah perisa seperti serbuk MSG
  • 2 sudu besar serbuk kari daging (kalau tak da kari ikan pun boleh, belasah jer)
  • 1 ke 2 sudu besar sos tomato yang rasa masam bukan manis (maggie x sesuai)
  • 3 ke 5 sudu besar minyak masak untuk menumis (ikut suka)
  • air

opsyenal (ikut suka kalau nak bubuh)

  • hirisan daging atau isi ayam yang dipotong nipis dan/atau
  • ikan bilis
  • sedikit daun kari
  • sedikit kobis yang diracik
  • kentang yang dipotong dadu atau kecil2
  • yang lain ikut suka, try n error

Cara memasak

  1. tumis bawang merah dan bawang putih. kalau pakai ayam/daging tumus sekali. tumis dengan api sederhana.
  2. tuangkan 1/2 cawan air (air jangan terlalu banyak).
  3. masukkan rempah kari kacau rata2.
  4. tumis rempah hingga pecah minyak.
  5. masukkan sayur kalau ada dan goreng seketika (bukan sampai masak).
  6. masukkan garam, gula, sos tiram (atau serbuk perisa), sos tomato dan sedikit air jika perlu.
  7. kacau rata2.
  8. pecahkan telur dan masukkan, kacau rata2. pastikan telur dibasuh bersih2 terlebih dahulu.
  9. kacau lambat2 jika nak ketulan telur kasar, atau cepat2 jika mahu telur hancur halus.
  10. bila telur dah masak sedia untuk dihidangkan.

Kalau nak adjust tak nak pakai telur, dengan kaedah yang hampir sama boleh buat kuah kari ayam simple, kuah kari daging simple atau kari ikan bilis simple.

Kalau tak jadi cuba lagi, memasak ni perlu kreatif. Yang penting paham konsep sesuatu asas sesuatu masakan, anda tidak perlu rigid dengan resepi. Anda tak akan didakwa kalau tak ikut buku resepi, ha, ha, ha ….

Selamat Mencuba

Coretan Alkimia

About these ads

Posted on 1 Mac 2012, in Resepi and tagged . Bookmark the permalink. 7 Komen.

  1. hannah hanani

    thanks, akhirnya dpt juga siapkan folio masakan ni….

  2. resepi ini sgt nostalgia…sedap & mudah, not so heavy mcm roti canai..i like!! thks for sharing!

  3. Tq kelakar lak baca

  4. comella gambar kucing too:)

  1. Pingback: Penang: Lempeng kelapa at Kompleks Lebuh Nipah | Nooks and Gems

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 163 other followers

%d bloggers like this: