Kan dah ada SMART tunnel, kenapa banjir kilat kat KL lagi. Kenapa (1000x) ???


KL banjir lagi … waduh …, إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Walaupun banjir di Kedah dan Kelantan mendapat liputan meluas dan eklusif daripada media2 masa tempatan. Kuala Lumpur juga tidak sepi dari masalah banjir meskipun kurang publisiti di TV, radio dan akhbar. Kesiannya warga KL, di anak tiri kan …. hu, hu, hu ….

13 Disember 2011

1aad801e29a8b9486d0d373b5b3bd353

Terkonpius gak, apa sebenarnya fungsi SMART Tunnel yang berbilion harganya, kos operasi yang tinggi dan peralatan yang canggih2.

5d9fc36558b877b02c6ea771a8ee12b4

453801b1118123fe9cda137afb9c6689

6137970ad82601922ea652082109b4bc

d3be654a21e8b3ee44b8e412c8cd3b91

d7835dc6b8697cba0f2ecdddbae4a2d3

8 Mac 2012

KL banjir lagi, lagi banyak kawasan kena banjir … إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Lagi bertambah buruk??? Ribut taufan tak da, tornado pun takda, tapi hujan lebat berjam2 sikit … dah banjir lagi. Kalau pepatah dulu2 “sediakan payung sebelum hujan”, mungkin pepatah moden “sediakan kayak tak pun perahu tak pun rakit tak pun hoverkraf tak pun feri mewah kalau nak duduk atau kerja kat KL”. Ha, ha, ha, ha ….

07032012-001

07032012-003

07032012-004

07032012-005

Teknologi SMART Tunnel, tercanggih di dunia

Terowong SMART sangat canggih, sekurang2nya idea tercanggih di dunia. :-P (info lanjut baca kat sini http://en.wikipedia.org/wiki/SMART_Tunnel atau kat sini http://ms.wikipedia.org/wiki/Terowong_SMART)

pic_3tier

Rakyat difahamkan terowong SMART dapat mengatasi masalah banjir kilat di KL, malah menurut menteri … dengan gahnya menyatakan bahawa masalah banjir kilat takkan berlaku lagi di pusat bandar KL apabila SMART ini mula beroperasi nanti. Sebab apa? kerana nama dia pun ada perkataan SMART maka sure SMART tunnel tu memang smart (bijak) punya. Tambahan pula, ini idea daripada kerajaan pimpinan PM terbijak pada masa itu dan hingga hari ini terlalu ramai yang taksub dan memuja-muja mantan PM itu . Hi, hi, hi …

Bagaimana agaknya SMART Tunnel yang begitu bijak ,sebijak menteri yang  mencadangkan ia berfungsi? Bagaimana agaknya ya??? Hmmm …. Jom kita cek kat Wikipedia kalau tak pun kat laman web SMART sendiri kalau tak percaya. Talak percaya ka!!! Ha, ha, ha … Petikan Wikipedia, ayat disusun semula sedikit.

Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir atau di dalam bahasa Inggerisnya: “Stormwater Management and Road Tunnel” (SMART) dengan kod Mes-e38.png adalah suatu struktur jalan dan perparitan yang terletak di Kuala Lumpur dan merupakan satu projek kebangsaan negara. Ia merupakan terowong lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia. Panjang terowong tersebut sepanjang 9.7 kilometer tetapi laluan untuk kenderaan hanyalah 3.3 kilometer.

Objektif utama terowong ini adalah untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur dan juga untuk mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew di Pudu semasa waktu sesak. Terdapat dua komponen bagi terowong ini iaitu terowong air dan terowong jalan.

Terowong ini bermula di tasik Kampung Berembang berdekatan dengan Sungai Klang di Ampang dan berakhir di tasik Taman Desa berdekatan Sungai Kerayong di Salak Selatan. Projek ini diketuai oleh kerajaan, termasuklah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan juga satu syarikat pakatan kerjasama di antara Gamuda Berhad dan Malaysian Mining Corporation Berhad (MMC).

Terowong SMART direkabentuk bagi kegunaan kenderaan ringan dengan ketinggian maksimum 2 meter serta had laju yang ditetapkan adalah 60 km/j. Motosikal serta kenderaan berat seperti lori dan bas tidak dibenarkan melalui terowong tersebut. Terowong ini telah dibuka kepada lalu lintas pada 7 April 2007 dan kadar tol sebanyak RM2.00 dikenakan mulai 14 Jun 2007.

(Nota : poin2 penting digariskan)

Secara kasar mungkin ramai yang faham bagi mengatasi banjir kilat yang sering melanda ibu kota, kerajaan di bawah pimpinan madey telah mengambil solution dengan membina satu takungan besar bagi melencong limpahan air hujan bagi mengelakkan banjir kilat. Pusat kawalan tercanggih berteknologi tinggi akan flush-kan air banjir ke dalam takungan jalan air ini (terowong smart) dan kemudian mengepam/alihkan limpahan air keluar pada lokasi yang ditetapkan.

image060image056image058image001image003

Wah canggihnya …. tapi2 kenapa banjir kilat masih sering berlaku? Hmmm ….. musykil2. Dan jawab yang akan diterima dari fanatik parti kerajaan blu atau SMART tunnel. Ini semua kuasa Allah, jangan politikkan isu banjir. Tapi kat Kedah dan Kelantan cerita lain pula, tak da Tuhan pula pada kaca mata mereka. Jelasnya dalam Al-Quran dinyatakan oleh Allah SWT (Tuhan Semesta Alam) bahawa …

بسم الله الرحمن الرحيم

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Maksudnya : “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” Ar Ruum (30) : 41

dan gelagat orang munafik …

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ
Maksudnya : “Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: ” Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”.” Al Baqarah (2) : 11

Parit limpah / Storm drain

Pelik2 … tak faham la, bukan ker kalau strom drain … limpahan air hujan akan melimpah masuk ke longkang2 atau parit limpah bawah tanah dan (dalam kes kita) air limpahan hujan itu kemudian dialihkan ke Smart Tunnel? Adakah sistem perparitan banjir kilat kita tak sama seperti yang terdapat di negara2 Barat. Bukankah negara kita pakai British standard, EU standard, US standard….

Sapa biasa tengok cita orang putih mesti pernah lihat sistem perparitan/longkang besar bawah bandar/jalan/bangunan dsb. Macam dalam citer ninja turtle tu, sarang ninja turtle tu dalam parit2 stormwater / kumbahan .

Limpahan air urban akan memasuki parit hujan

Inside of a large reinforced concrete box storm drain in Mississauga, Ontario, Canada.

Photo of the interior of a combined sewer in Brighton, England.

Combined sewer of Paris.

Limpahan air dari banjir kilat kemudian di alihkan ke pantai berhampiran

ATAU ke sungai2 berhampiran …

A storm drain discharging into the River Brent in the UK.

Iron Cove Creek, Sydney, Australia.

Apa citer SMART Tunnel ni???

Adakah punca kenapa banjir kilat masih berlaku di KL kerana hujan terlalu lebat, SMART tunnel tak mampu lagi menampung kapasiti air yang terlalu banyak (Tuhan yang mereka persalahkan)? Tapi hujan lebat dalam 2 ke 3 jam pun boleh menyebabkan banjir kilat. Bukannya KL dilanda ribut atau taufan yang membawa hujan yang sangat banyak dan luar biasa? Kenapa? Kenapa? rasa pelik la, macam ada yang tak kena jer … musykil2 .

Tak banyak la info teknikal kat Wiki tentang SMART Tunnel, yang ada banyak tentang ciri2 serta fitur2 SMART Tunnel serta kecanggihannya dan juga servis jalan pintas yang dikendalikan mereka. Cek kat web site SMART http://www.smarttunnel.com.my/smart/index.html pula, HAAA …. pun hampir sama gak ??? Tak banyak info!!!

web-smat

image007image01200001image019image054image062image066image070IMG_0021SMART PIC 807SMART PIC 864

Nampaknya lebih banyak info tentang servis jalan pintasan bertolnya sejauh 3.3KM. Sebenarnya apa tujuan SMART Tunnel ni, fokus nampak lebih kepada servis lebuh raya pintasan bertol dengan persembahan multi function yang tercanggih di dunia.

map_smart

Nampaknya jawapan di cari masih tak jumpa lagi, sabar jap. Cari lagi dan lagi, lagi2, lagi5, lagix ….

Macam ni ker SMART Tunnel berfungsi … ha, ha, ha ….

Konsep smart tunnel tak susah nak faham, masa hujan lebat air hujan melimpah kat longkang2 dan parit2. Pusat kawalan akan memantau dari CCTV dan mengawal secara remote. Apabila terdapat limpahan air dan mula nak banjir kilat, pusat kawalan dengan segera akan flushkan atau dilencongkan air bah ke dalam SMART Tunnel dan KL pun selamat “The End”.

Ala macam flush jamban tu. Bila air dalam tangki jamban nak melimpah ke luar dan menyebabkan banjir kilat dalam tandas/bilik air, pusat kawalan akan tarik tali pam untuk pamkan air bagi mengalihkan limpahan air tangki terus masuk ke lubang jamban. Dan kemudian air itu di salur ke loji kumbahan. Errr … APA!,  FLUSH JAMBAN !!!! ha, ha, ha …

ToiletOverflow_300_0410-md

Kos pembinaan bilion2, kos operasi tinggi, peralatan canggih2 tapi idea solution dari jamban, HAAAAAA … Mesti tandas kat rumah piem tu sangat canggih, siap ada CCTV dan pusat kawalan banjir yang SMART. Alamak jamban tersumbat la, pusat kawalan over, pusat kawalan over, control room over … … ha, ha, ha ….

Jelasnya solution berasaskan takungan tidak mampu menampung kapasiti air yang sangat besar dan juga masalah konflik operasi sama ada sebagai jalan raya atau loji takungan air banjir. Mana lagi untung …

Sebenarnya bagaimana SMART Tunnel berfungsi ??? … kenapa macam misteri. Ada misteri ke di sebaliknya.. huuuu

Misteri SMART Tunnel … biar betul

Haaa dapat pun info teknikal tentang SMART Tunnel, walaupun sikit dan macam ada rahsia jer. Bukan yang ini la ….

Technical specifications

Stormwater tunnel

  • Construction cost: RM1,887 million (US$514.6 million)
  • Stormwater tunnel length: 9.7 km (6.0 mi)
  • Diameter: 13.2 m (43.3 ft) (outer diameter)
  • Tunnelling method: Tunnel Boring Machine (TBM)
  • TBM type: Slurry shield

Motorway tunnel

  • Motorway tunnel length: 4 km (2.5 mi)
  • Structure type: Double Deck
  • Ingress and egress: 1.5 km (0.93 mi) at Jalan Sultan Ismail and Jalan Imbi
  • Length: 1.4 km (0.87 mi) at Jalan Tun Razak
  • Links: 1.6 km (0.99 mi) at Kuala Lumpur-Seremban Expressway Links: City Centre near Kg. Pandan Roundabout KL-Seremban Expressway near Sungai Besi Airport

Features

  • Longest tunnel in Malaysia.
  • 9.7 km (6.03 miles) stormwater by-pass tunnel.
  • 4 km (2.49 miles) double-deck motorway within stormwater tunnel.
  • The motorway tunnel is suitable for light vehicles only. Motorcycles and heavy vehicles are not allowed.
  • Ingress and egress connections to the motorway tunnel linking the southern gateway to the city centre.
  • Holding basin complete with diversion and tunnel intake structures.
  • Storage reservoir and a twin-box culvert to release flood discharge.
  • State-of-the-art operations control room equipped with the latest systems in operations management, surveillance and maintenance of the SMART system.
  • Custom-made fire engine units consisting of two modified Toyota Hiluxes, parked at two different locations for quick access to the tunnel in case of fire on both carriageways.

Data tu sekadar fitur, bukan itu yang kita nak, tapi yang ini …

project_alignment

alignment

dan hint terbesar adalah yang ini … (http://www.smarttunnel.com.my/smart/catchment.html)

map_catchment

Klik gambar untuk ke link gambo beso.

Untuk memudahkan pemahaman apa kata kita bincangkan dalam bentuk parodi presentation oleh si merah.

lecture“Tuan2 n puan2, today saya nak buat presentation tentang SMART tunnel yang bakal menyelesaikan 100% masalah banjir kilat di pusat bandar Kuala Lumpur”

“Apa itu banjir? Banjir adalah bla, bla, bla ……”

“Apa itu banjir kilat? Banjir kilat dibezakan daripada banjir biasa, di mana banjir kilat berlaku dengan pantas … tiba2 jer banjir. Dan ia berlaku dalam tempoh kurang daripada 6 jam.”

“Banjir kilat mungkin disebabkan oleh hujan lebat yang dikaitkan dengan ribut taufan, hurikan, atau ribut tropika …”

“Di kuala lumpur, banjir terburuk berlaku pada Januari 1971 di mana 32 orang telah terkorban dan 180,000 dipindahkan.”

Bagaimana SMART tunnel begitu bijak mengatasi masalah banjir kilat?

“Sila lihat rajah berikut …”

map_catchment

“tunnel ni bermula dari kolam di Kampung Berembang kat Ampang, bersebelahan Sungai Klang”

00002

Klik gambar untuk ke lokasi dalam google maps.

“jika hujan lebat berlaku di hulu sungai klang, paras air anak sungai klang akan meningkat dan seterusnya menyebabkan banjir kilat di kawasan2 rendah”

“sudah tentu ini membahayakan segi tiga emas di pusat bandar kuala lumpur” (ada apa kat sini??? kat sini mesti manyak lombong emas. hi, hi, hi … )”

“Kawalan banjir dibuat dalam dua bahagian iaitu Perlindungan Sungai Klang dan satu lagi Perlindungan Sungai Gombak”

“1) limpahan air sungai dari hulu sungai ampang dan sungai klang dialihkan ke kolam takungan/pembendung di Kampung Berembang. Jika penuh ia dialihkan ke dalam SMART Tunnel secara berperingkat dalam 3 fasa seperti berikut”

Mod Pertama (kondisi normal)

Dalam keadaan biasa, di mana tak ada hujan, tiada air banjir akan dialihkan ke sistem.

Mod Kedua (kebanyakkan hujan)

Bila mod kedua diaktifkan, air banjir dialihkan ke dalam sistem menerusi terowong bypass (pintasan) aras bawah iaitu di bawah laluan kenderaan. Laluan kenderaan masih dibuka kepada trafik pada tahap ini.

Mod Ketiga (hujan lebat/major)

Dalam mod operasi ini, laluan kenderaan ditutup kepada semua trafik. Selepas memastikan semua kenderaan keluar daripada laluan kenderaan, pintu kedap air automatik akan dibuka untuk membolehkan air banjir melaluinya. Laluan kenderaan akan dibuka semula 48 jam selepas penutupan.

00004

“2) Untuk mencegah limpahan berlebihan air sungai gombak dan seterusnya menyebabkan banjir kilat. Dua kolam takungan penahan banjir iaitu kolam takungan jinjang dan kolam takungan batu di wujudkan bagi mengawal limpahan air dari hulu sungai gombak, sungai batu, sungai jinjang dan sungai keroh. Lihat peta di bawah…”

00003

Klik gambar untuk ke lokasi dalam google maps.

“Bila berlaku hujan lebat di hulu sungai gombak, air bah sungai dialihkan ke kolam takungan sungai batu. Begitu juga untuk limpahan air dari hulu sungai batu atau limpahan air dari empangan sungai batu.”

00005

“Selain sungai batu, sungai keroh dan sungai jinjang juga merupakan cabang hulu bagi sungai gombak. Limpahan air bah sungai keroh dialihkan ke kolam takungan sungai jinjang dan begitu juga sungai jinjang”

00006

Pintu air alih limpahan sungai gombak ke kolam takungan sungai batu. Klik gambar untuk ke lokasi dalam google maps.

00007

Kolam takungan sungai batu untuk menyimpan limpahan air dari sungai gombak dan batu. Klik gambar untuk ke lokasi dalam google maps.

00008

Kolam takungan sungai jinjang untuk menyimpan limpahan air dari sungai jinjang dan keroh. Klik gambar untuk ke lokasi dalam google maps.

“Dengan mengawal aliran di hulu2 sungai, saya  yakin sistem SMART akan mampu untuk mengalihkan air banjir dalam jumlah yang besar daripada memasuki kawasan kritikal (pusat bandar) dengan melalui kolam pembendung, terowong pintasan (SMART tunnel) dan takungan simpanan. Oleh itu, ini akan mengurangkan aras air banjir di jambatan Jalan Tun Perak, dan mencegah limpahan.”

“Sekian terima kasih”

SFX: tepukan gemuruh dari hadirin.

Pengerusi majlis : “Sekarang kita buka untuk sesi soal jawab. Dipersilakan hadirin…”

Soalan 1 : “Apakah kejayaan sistem SMART setakat ini?”

si merah : “Untuk makluman hadirin, sistem SMART berjaya mencegah 8 kemungkinan banjir utama sejak ia mula beroperasi pada tahun 2007.”

SFX: tepukan gemuruh dari hadirin.

Soalan 2 : “8 ajer ka dalam tempoh 5 tahun beroperasi?”

si merah : “kita patut bersyukur, sekurang2nya lapan banjir utama dapat dicegah daripada melanda pusat bandar kuala lumpur. cuba bayangkan kalau tak ada sistem SMART, bayangkan berapa banyak kerugian yang akan dicatatkan dan mungkin ada yang terkorban. kerajaan memang sangat prihatin dengan masalah rakyat.”

Soalan 3 : “Wah hebatnya! SMART tunnel ini memang SMART la. Idea sapa ni?”

si merah : “Ooo … ini idea kerajaan pada 2001 yang dipimpin oleh mantan piem yang tersangat bijaksana. Tiada seorang pun piem dalam sejarah sibijaknya.” (Bahkan si mantan piem tu mengisytiharkan bahawa diri beliau lebih bijak daripada  Tuhan Semesta Alam )

Soalan 4 : “Jika hujan lebat di hulu sungai klang dan ampang, air bah (pasang) akan berlaku di hulu sungai. Pusat kawalan sistem SMART akan flushkan limpahan air bah ini melalui terowong SMART (iaitu by pass) bagi mencegah air bah ini melimpah ke pusat bandar dan menyebabkan banjir kilat. Nampak macam flush air jamban jer . Maksud saya ia bukan solution jangka panjang dan bukan solution untuk keadaan cuaca yang lebih buruk. Adakah si empunya idea ini mendapat ilham semasa melepaskan hajatnya. Sekian itu soalan saya”

si merah dengan muka merah padam (alamak si merah memang dah merah, macam mana lak nak tau muka dia merah padam. ha, ha, ha ….) : “saya kurang pasti perkara itu, mungkin sdr boleh bertanya si empunya idea itu sendiri ….”

Soalan 5 : “Saya lihat sistem SMART memfokuskan kawalan pencegahan banjir yang berpunca daripada hujan2 lebat di hulu2 sungai yang terlibat. Soalan saya, bagaimana pula kawasan yang betul2 dalam pusat bandar KL. Adakah hujan lebat tidak akan berlaku di dalam pusat bandar? Jika berlaku hujan yang lebat di dalam pusat bandar itu sendiri, bagaimana sistem SMART nak flushkan limpahan air hujan banjir kilat di dalam pusat bandar KL? Dan ini telah dibuktikan oleh banjir kilat yang melanda kebanyakkan kawasan dalam KL dan juga pusat bandar KL. Saya ulangi soalan saya “Adakah hujan lebat tidak akan berlaku di dalam pusat bandar kuala lumpur?””

si merah : “apa punya soalan, kat mana2 pun boleh hujan dan kat mana2 pun hujan boleh turun dengan lebatnya. takkan itu pun tak tahu (sambil ketawa).”

Soalan 6 : “kalau hujan lebat boleh berlaku di mana2 termasuk di tengah2 pusat bandar KL dan seterusnya telah menyebabkan beberapa episod banjir kilat selang beberapa bulan sahaja. Jadi apa sebenarnya fungsi SMART tunnel dan sistem SMART yang kos pembinaannya menelan belanja hampir 2 bilion (dari kenyataan rasmi) dan kos operasinya pula ditampung oleh kutipan tol atau mendapat suntikan kerajaan dari masa ke masa. Apa objektif SMART tunnel dan sistem SMART keseluruhannya?”

si merah (bertambah2 marah) : ” err … err … err … err … err … err … err. Kita dah ada sistem SMART tunnel yang boleh mencegah banjir kilat di pusat bandar KL dan sistem ini telah berjaya mencegah 8 kemungkinan banjir besar daripada melanda pusat bandar kuala lumpur. Kecanggihan SMART tunnel juga mendapat pengiktirafan UN Habitat Scroll of Honour Award 2011.”

Soalan 7 : “ mula2 saya ingatkan limpahan air hujan mengalir ke lubang2 air limpah di tepi2 jalan seperti mana yang terdapat di negara2 barat, dan kemudian limpahan air dialihkan masuk ke dalam terowong SMART yang berada jauh bawah aras tanah dan jauh daripada dasar tapak2 bangunan di ibu kota. oleh itu banjir kilat yang masih berlaku disebabkan oleh kegagalan PBT menguruskan sistem perparitan. ia juga masalah sivik masyarakat yang suka membuang sampah merata2.

tapi bila difikirkan logik juga, ya! terowong SMART juga bertindak sebagai takungan air banjir. kalau terowong telah dipenuhi air, jika terdapat saluran2 yang menghubungkan ia ke aras tanah, sudah tentu air2 dari terowong akan melimpah keluar ke aras tanah iaitu jalan2 raya sekitar ibu kota dan menyebabkan banjir yang serius di kawasan2 rendah. oleh itu saluran terowong SMART mestilah kedap air, tiada sebarang saluran parit/longkang yang menghubungkan terowong dengan aras tanah/jalan.

Itu juga bermaksud SMART tunnel tidak menerima apa2 limpahan air banjir yang melanda di tengah2 pusat bandar kuala lumpur. ramai yang terkeliru dan salah faham tentang operasi dan fungsi SMART tunnel kerana tak studi betul2 sebelum menyelar SMART tunnel dengan macam2 tuduhan. Macam admin page FB 1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower kena marah dengan fanatik SMART Tunnel dan juga fanatik parti keris, kata mereka admin harus minta maaf kerana buat tuduhan tanpa asas. Jadi benarlah kata mereka itu, pusat bandar dan Jalan Tun Razak bukan dalam coverage SMART tunnel. SMART tunnel hanya mengawal banjir di bawah aras tanah di dalam terowong SMART sahaja dan ia tiada kena mengena dengan banjir2  yang berlaku di atas aras tanah. Jadi sebenarnya objektif SMART tunnel dan sistem SMART keseluruhannya adalah kabur. Itu pandangan saya. Terima kasih”

si merah : “saya tak bersetuju dengan pandangan sdr bahawa objektif SMART tunnel adalah kabur, apa pun itu pandangan sdr … ada aku kesah. Sdr perlu ingat SMART Tunnel adalah sistem multi function “2 in 1″. kalau sistem pencegahan banjir gagal sekali pun, kutipan tol untuk servis pintasan lebuh raya SMART tunnel gerenti berjaya membuahkan hasil. very smart.”

Soalan 8 : “Saya ada satu kemusykilan, sistem SMART dikatakan cuba mencegah atau melindungi pusat bandar kuala lumpur daripada dilanda banjir kilat yang serius . Kawalan difokuskan pada dua batang sungai utama di dalam bandaraya kuala lumpur iaitu sungai gombak dan sungai klang. Kawalan mengalih limpahan air bah semasa hujan lebat terutama di kedua hulu sungai ini dan juga anak2 sungai utama yang terlibat bagi meminimumkan isipadu air sungai klang dan sungai gombak apabila ia bergabung di tengah2 pusat bandar kuala lumpur. Atau lebih tepat lokasinya di masjid jamek KL, iaitu lokasi pertemuan sungai klang dan sungai gombak. Adakah sistem SMART cuba melindungi kawasan ini? bagusnya sistem SMART cuba melindungi masjid daripada di landa banjir kilat yang besar. kalau banjir besar di pertemuan sungai klang dan sungai gombak, masjid jamek pasti di tenggelami air kan, kan … begitu juga bangunan2 di sekitarnya.

Menurut laporan aras di jambatan Jalan Tun Perak (berhampiran Masjid Jamek) adalah rendah, oleh itu kawasan sekitarnya sangat terdedah ke risiko dilanda banjir kilat. Seriusnya nak protect kawasan ini, atau ada yang lebih rendah dari aras masjid Jamek dan jambatan jalan tun perak. Tidak…, tidak…, まさか, 没有办法, எந்த வழியும் இல்லை, 절대 안돼요, no way …

00009

Sebenarnya mereka cuba melindungi stesen LRT Masjed Jamek, Kelana Jaya Line. Jadi kalau banjir kilat yang teruk, air bah takkan melimpah dan seterusnya memasuki terowong laluan bawah tanah LRT Putra/Kelana Jaya Line. Kalau itu terjadi, rasanya RapidKL akan menghadapi kerugian yang teruk dan orang ramai akan takut serta hilang konfiden untuk naik LRT Putra/Kelana Jaya Line. Dan sistem LRT Putra akan jelas menampakkan kegagalannya.

16073768

Sepertinya objektif sebenar sistem SMART adalah kerajaan nak cover kesilapannya dalam design failure pada sistem LRT Putra. I see, i see … jadi yang SMART sebenarnya bukanlah sistem “Stormwater Management and Road Tunnel” (SMART), sebaliknya yang SMART adalah si mamak yang pandai cakap pusing2, yang suka mencela agama Islam dan takabur dengan dirinya. Ramai rakyat marhean serta pengikut2nya telah terpersona dengan autanya, lalu mereka mendewa2kanya. Bukankah begitu hai si merah …?”

00010

Klik gambar untuk ke lokasi dalam google maps.

Pengerusi : cut, cut ….

bersambung …

Coretan Alkimia

Rujukan

Posted on 10 Mac 2012, in Politik, Umum and tagged , . Bookmark the permalink. 21 Komen.

  1. airavillagegirl

    wow…. bedah siasat yg last tu sangat mengejutkan….

  2. seperti biasalah kalau rosak/retak ape lagi tampal baliklah..xkan nak robohkan buat baru balik kan?
    cuma diharapkan selepas2 ini xde lah salah design ker…fikir dahulu sebelum buat…jangan nanti akan dibina 1 lg terowong smart semata2 nak cover projek MRT dari kena banjir..
    malaysia oh malaysia…

  3. memang canggih giler …

    citer lain, tapi canggih gak …

  4. Menarik. Saya sanjung usaha sdr mengupas isu banjir. Tetapi saya syorkan sdr ‘gali’ kaedah2 pengurusan banjir supaya lebih faham. Mengapa tak buat lawatan ke SMART dan tanya terus tentang operasinya?

    • TQ TQ TQ kerana sudi meluangkan masa untuk membaca artikel ini. Bagus juga cadangan Wu, alamak tak terpikir la pulak….

      agak-agaknya kalau ramai rakyat malaysia, ramai2 membuat lawatan ke SMART atau pun tanya helpdesk SMART tentang bagaimana operasinya, pastu ambil kursus kaedah pengurusan banjir SMART di peringkat diploma ker, degree ker, atau sampai ke peringat pHD supaya lebih memahami tentang operasi pengurusan banjir SMART sehingga 200% . adakah ini mampu mengubah realiti masalah banjir kilat di pusat bandar kuala lumpur masih serius? bagaimana pula masalah banjir di seluruh negara? adakah banjir kilat di pusat bandaraya KL akan menjadi fatamorgana apabila kita berjaya memahami keajaiban SMART? ha, ha, ha …

      untuk makluman Wu, sama ada Wu sedar atau pun tidak…. kebanyakkan maklumat dalam artikel ini didapati daripada laman web SMART sendiri …. http://www.smarttunnel.com.my/smart/catchment.html http://www.smarttunnel.com.my/index.asp dan Wikipedia pun copy-paste dari laman web SMART. takkan lah SMART begitu ajaib, sehingga Wu sendiri tak membacanya???

      sori … saya tak ada keperluan di dalam pengurusan banjir negara, kalau gali dalam2 sekali pun …. nak buat apa dengan hasilnya???

      tapi kalau Wu atau siapa2 berminat tentang pengurusan banjir secara lebih mendalam (skt), sebenarnya kita telah bincangkan dalam artikel ini Dilema sistem perparitan dan saliran… hu, hu..T T iaitu sambungan kepada artikel ini. case study ada dan reference pun ada. walaupun rata2 penyelesaian masalah banjir dan banjir kilat adalah common sense, namun penyelesaian kerajaan negara kita unik dan pelik … di manakah kesilapannya???

      • Sdr Alkimia, jangan cemarkan argumen anda mengenai banjir dan SMART dgn ulasan seperti SMART hanya utk selamatkan projek MRT kerajaan u know who! Sdr juga yg kata banjir tak patut dipolitikkan! Ya, saya baca artikel ‘Dilema sistem…’ – itu yg saya hairan. Pada satu sudut, sdr rajin mencari satu jawapan dgn contoh dari Jepun dan UK tapi sdr kata pula tak tahu nak buat apa dgn hasilnya. Setiap satu usaha itu ada tujuan khusus – termasuk SMART yg mahal giler tu. Banjir kilat tu macam kemiskinan. Di Malaysia pun banyak kes kawalan banjir yg berjaya. Tapi hujan tetap turun……..
        P.s. katun2 tu funny..

      • sori kalau nak mengata skt … teruknya tahap kefahaman Wu dalam membaca terutama bahan2 ilmiah dan teknikal . aku tak kisah pun kalau Wu menghadapi kesulitan dalam membaca artikel ini dan gaya penulisan seperti ini, tetapi maklumat itu adalah dari laman web SMART sendiri … (kalau tak percaya sila ke http://www.smarttunnel.com.my/smart/index.html)

        daripada penerangan itu kita difahamkan bahawa kawasan sekitar jambatan di Jalan Tun Perak berhampiran Masjid Jamek adalah kawasan kritikal dan sistem SMART mampu mengalihkan sejumlah besar air banjir daripada memasuki dan melimpah di kawasan kritikal ini. kan da kata … apa pun andaian ini terpulang kepada pembaca untuk mentafsirnya sendiri …

        “Sepertinya objektif sebenar sistem SMART adalah kerajaan nak cover kesilapannya dalam design failure pada sistem LRT Putra. … Bukankah begitu hai si merah … ?”

        Haaaa … bila masa pula aku kata banjir tak patut dipolitikan? yang aku kata, oleh kerana media terlalu sibuk dengan masalah2 banjir di negeri tertentu, masalah banjir di KL terabai. kesian doh kat orang KL … abis harta benda rosak, kenderaan asyik nak kena repair, warga KL atau mereka yang kerja kat KL terkandas kerana masalah banjir kilat. lihat gambar2 diberi. oleh kerana liputan masalah banjir kilat tidak mencukupi (macam di anak tiri kan), pihak berkuasa tidak mengambil langkah serius bagi menangani masalah banjir kilat di KL. ibarat “kuali mengatakan belanga hitam”.

        bukankah aku dah katakan masalah banjir, parit dan saliran serta semua masalah negara adalah isu politik negara. lihat artikel sambungan …

        “Politik atau siasah adalah pengetahuan yang bersangkutan dengan hal-hal kenegaraan (pemerintahan dll) {definisi dari kamus dewan}. Jadi masalah2 negara sudah tentu melibatkan politik. …”

        ooo …. pasal nak buat apa dengan hasilnya? aaaa…. tak kan itu pun tak boleh nak faham???. macam ini, katakan aku ini seorang railfan. pada satu hari aku melawat sebuah sykt keretapi, bestnya aku berkesempatan untuk bertanya pelbagai soalan mengenai teknologi2 dan servis2 keretapi. masa nak balik pihak pengurus memberi beberapa buah buku tebal sebagai cenderamata. antara tajuk buku2 itu “standard operation manual”, “tren design and specification”, “safety regulation”, “Technical Standard for National Railway” dan juga katalog2 alat ganti bersama senarai vendor dan harga alat ganti semasa . aku nak buat apa dengan semua itu? sebagai rakyat marhaen, pengetahuan am mengenai keretapi sudah mencukupi. kalau lebih2 pun nak buat apa, bukannya boleh bawak balik keretapi2, komuter2, shinkansen, blue tren atau apa2 keretapi komersil, dan parking atau drive dalam kawasan rumah.

        begitu juga pengurusan banjir negara, sebagai rakyat marhaen kita orang hanya mampu memberi cadangan, mengingatkan di mana punca kesilapan, apakah punca kesilapan, bagi contoh dengan kes studi dan pastu siap bagi reference lagi untuk maklumat atau tindakan lanjut. walaupun isu banjir dan penyelesaiannya adalah common sence, nak buat macam mana pihak2 yang bertanggung jawab boleh terlepas pandang. mungkin sama ada kerana terlalu tamak, atau terlalu sibuk dengan hal2 peribadi orang lain atau seks seks seks, atau …

        niat tidak menghalalkan cara, begitu juga tujuan yang baik tidak boleh dijadikan alasan. dalam kejuruteraan setiap konsep reka bentuk mempunyai pro dan kontra. tahukah Wu apakah kelemahan kritikal SMART dan kenapa negara2 lain tak prefer pendekatan ini? rasanya kita dah sebut di dalam artikel.

        “Banjir kilat tu macam kemiskinan”? Haaaaa … Wu ni tinggal kat planet mana? atau sedang dibuai mimpi? atau syok2 dalam alam fantasi? macam mana la dia boleh jump to conclusion banjir kilat sinonim dengan kemiskinan . Waduh2 … sila cek kat link2 rujukan wikipedia yang diberi, dari situ boleh dapatkan rujukan2 lain.

        last last … hujan juga dipersalahkan, kesiannya mereka itu. andaikata Tuhan Semesta Alam (الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِي) tidak lagi menurunkan hujan di bumi ini, baru lah mereka tahu bertapa mahalnya nilai harga hujan itu. manusia2 …

        macam ni la Wu, aku bukannya berminat sangat untuk bermain badminton / tenis / pingpong / skuasy dengan sesiapa. kewajipan aku sekadar menyampaikan apa yang dipersaksikan (maksud ayat di bawah tajuk blog ini) sekalipun aku ini seperti tak wujud. ambil la masa sebanyak mana untuk memahami isu2 yang diperbincangkan di sini, kalau tak faham hari ini … mungkin esok baru dapat faham, kalau tak minggu ini … mungkin minggu hadapan, kalau tak bulan ini mungkin bulan hadapan, kalau tak tahun ini mungkin tahun hadapan, kalau tak generasi ini mungkin mana2 generasi hadapan …. ha, ha, ha …

  5. Pentingkesiapaaku?

    Kamu boleh andaikan aku ni SMARTER than that terowong SMART tu. Biar aku sambung titik-titik yang gagal disambungkan oleh sapa-sapa sebelum ini. Apapun aku tak ada hubungan walau melalui apa cara sekalipun dengan terowong tersebut. Cuma reputasi aku mengawal banjir jauh baik dari mereka yang terbabit dengan terowong tersebut. Tak percaya? Ada aku kisah.

    Terowong tu sebenarnya berfungsi terutamanya sebagai Retention Pond. Banyak pendapat yang menyatakan ia berfungsi sebagai Diversion Tunnel. Ini silap. Kesilapan peringkat merah yang membawa erti maut punya silap. Menggunakan terowong tersebut sebagai Diversion tunnel boleh menyebabkan banjir besar berlaku di luar kawasan banjir tradisional. Ini adalah disebabkan sungai yang menerima lencungan adalah tersangat kecil untuk mengambil lencungan aliran banjir Sungai Kelang yang dilencungkan oleh terowong tersebut.

    Mengikut statistik awal sebelum pembinaan terowong, sekali dalam tempuh 50 tahun kawasan tadahan terowong tersebut (aka catchment area) akan menerima aliran banjir kilat terbesar sebanyak 3 juta meter madu dalam tempuh 4-6 jam. Aliran banjir kilat ini akan menyebabkan banjir besar di kawasan Masjid Jamek dan kawasan2 yang sewaktu dengannya.

    Maka datanglah idea “bernas” seseorang yang berbunyi “Apa kata kita tangkap jumlah air 3 juta meter padu tersebut dan kita simpan sepanjang tempuh hujan lebat tersebut seterusnya kita lepaskan secara terkawal selepas hujan reda”… “Nak bagi canggih lagi kita buat terowong jalanraya, pacak pondok tol dan kutip tol”…”Kayo woi..kayo kito”. Begitulah adanya idea bernas tersebut.

    Berikut adalah spesifikasi yang dipublishkan oleh tuan empunya idea. Terowong tersebut mampu untuk mengelakkan banjir kilat dengan keupayaan 50-year Average Recurrence Interval (Ringkasannya 50-ARI). Ini membawa maksud terowong tersebut mampu menangkap 3 juta meter padu aliran hujan dalam tempuh 4-6jam di kawasan tadahan yang didefinasikan yang datang sekali dalam 50 tahun. Dengan itu makanya taklah banjir kilat berlaku kerana aliran puncak 139- 208 meter padu sesaat tersebut telah ditangkap dan di tahan tanpa bicara di bawah kanun SMART. Cewahhhh pandai gak dia orang nih. Jadi untuk menyebabkan banjir kilat berlaku di kawasan yang dilindungi, aliran hujan di kawasan tadahan tersebut perlulah jauh lebih besar dari 3juta meter padu dalam tempuh 4-6jam. Senario ini amat jarang-jarang berlaku. Munkin paling banyak dua kali dalam tempuh 50 tahun. Setahu aku ianya belum pernah berlaku semenjak teworong tu di buka. Paling tinggi yang aku tahu hanya 1.4 juta meter padu. Ini nilai yang dinyatakan kat parlimen nih. Bukan aku memandai aje nak cakap.

    Kita alih topik sat. Ada ke patut terowong jalanraya ditutup hanya semata-mata air dibanjir dilencungkan ke dalam terowong? Mengikut tuan punya idea yang asal jawapan pertamanya adalah TIDAK. Jawapan kedua TAK PAYAH TUTUP dan jawapan ketiganya pulak NO. Betul aku cakap kat kamu. Itu bukan aku yang cakap. Tuan punya idea yang asal yang cakap kat aku. Macam mana aku tahu dia tak bohong kamu tanya? Aku taulah sebab aku tahu macam mana nak buat supaya ianya tak payah ditutup WALAUPUN sekali dalam tempuh 50 tahun atas sebab banjir. Tutup sebab lain tu aku tak jaminlah. Kan aku kata aku ni SMART sikit dari terowong SMART tuh… Kamu tanya aku macam mana nak buat? Mengapa tak percaya? JUST DO IT”, kata Nike. Kita seal all that flood gates ruang jalanraya. Pastikan tak ada kebocoran dan struktur yang lemah yang dinding2 terowong jalan raya. Buat pressure test untuk menguji ketahanan strukturnya. Lepas tu banjir ke tak banjir ke ada lencungan air ke atau sebaliknya, jalanraya kekal beroperasi macam biasa. Done. Apa? Kamu tanya apa akan jadi jadi kepada fungsi utama terowong tersebut untuk mengawal banjir? Kamu ni. banyak sangat pulak soalan. Ruang jalanraya tu hanya mengambil isipadu 250,000 ribu meter padu. Kapasiti maksimum terowong tersebut pula adalah 3,000,000 meter padu. Jadinya keupayaan menyimpan airnya jatuh hanya sedikit. Tak sampaipun 10%. Ini hanya akan mengurangkan keupayaan terowong dari menangani banjir kilat 50-ARI kepada sekitar 35-ARI. Masih ok tuh. Jadi ada aku kisah? Kamu kisah ke sekiranya kamu tahu bahwa so far saiz banjir yang paling besar terowong tersebut kendalikan hanya 1,400,000 meter padu? Kalau mahu aku boleh koutim melalui kaedah menyelia aliran banjir secara cekap sehinggakan kapasiti simpatan 3,000,000 meter padu tu boleh dikekalkan tanpa memerlukan ruang jalan raya. Macam mana pulak ni kamu tanya? Sorilah kawan. Bab ini terlalu terkedepan untuk kita bincangkan. Munkin lain kali kot?

    Semua nampak macam ok aje. Jadinya apasal terowong tersebut gagal? Meh abang kamu ni sambung cerita….

    Dua sebab. Pertama “Fundamental yang hilang” dan yang kedua “SOP terowong tersebut yang nampaknya super mudah”-Mudah tak semesti betul. Yang pertama… “Ye Sayang” … Alamak bini aku panggillah pulak. Lain kalilah aku sambung sori ye. Ni mesti kes nak ajak shopping ni….

  6. Pentingkesiapaaku?

    Ok. Aku sambung. Aku lebih serius kali ini.

    Sepatah dua kata pembuka bicara

    Apapun masih ada sinar di hujung terowong untuk mengurangkan kekerapan banjir kilat dari berlaku di kawasan rendah berhampiran dengan Ampang, Masjid Jamek dan kawasan-kawasan yang ada kena mengena secara lansung atau tak lansung dengan operasi kawalan banjir Terowong Smart. Ianya menunggu kedatangan “penyelamat” dari luar kotak oleh kerana yang duduk dalam kotak tak menunjukkan apa-apa usaha untuk cuba keluar dari kotak tersebut. Anggaplah “penyelamat” tersebut adalah pentingkahsiapaaku? Dia akan membawa anda keluar dari kepompong masalah yang membelenggu warga KL. Dia juga akan menyediakan arah baru yang pihak-pihak berwajib mesti lakukan atau kekerapan banjir kilat di KL akan kekal begitu untuk 30 tahun mendatang! Tiada “batu” yang dia tak akan belek demi mencapai matlamat kekerapan banjir kilat di kawasan-kawasan tersebut akan dikurangkan dari kadar sekarang kepada sekali dalam 50 tahun dan terowong jalanraya untuk Terowong Smart tak perlu ditutup atas sebab operasi kawalan banjir melebihi dua kali dalam tempuh 50 tahun. Dia benar-benar maksudkannnya.

    Latarbelakang

    Sistem Terowong Smart adalah sebahagian dari sistem kawalan banjir bersepadu untuk KL. Lapuran sistem kawalan banjir bersepadu boleh dikesan bermula seawal tahun 1971. Lapuran yang sama diulang kembali oleh lapuran yang bertajuk ” Kuala Lumpur Re-Engineering Flood Confluence” [1].

    Lapuran dalam [1] di atas adalah cukup menarik kerana jika ianya diikuti dengan teliti, masalah tentang banjir kilat di KL sepatutnya sudah lama menjadi sejarah. Selain dari lapuran berkaitan Terowong Smart, bahagian yang lain dalam lapuran tersebut sepatutnya mampu untuk menyelesaikan masalah. Malangnya, sebagaimana kita tahu, ianya tidak berlaku. Mengapa?

    pentingkahsiapaaku? tidak akan memberi jawapan kepada isu yang dinyatakan di atas. Namun dia akan membincangkan perkara yang lebih spesifik iaitu bagaimana Terowong Smart dapat digunakan mengikut “Konsep rekabentuk terowong itu sendiri” bagi maksud mitigasi dan pegurusan air banjir. Adalah didapati kendalian terowong tersebut amnya dan kaedah mitigasi dan kawalan air banjir berkaitan terowong tersebut khasnya tidak kelihatan menepati ciri-ciri seperti yang cuba digariskan oleh lapuran [1] di atas.

    Konsep pengurusan banjir bersepadu berkaitan Terowong Smart

    Bagi masud mencapai objektif kekerapan sifar untuk berlaku banjir kilat di kawasan yang diliputi oleh Terowong Smart 50 tahun ke hadapan, dua sumber air banjir perlu diberi perhatian. Sumber yang pertama yang kita akan panggil “Low intensity but long duration of flood flow (LILDF)” dan sumber kedua “High Intensity, Localized but Short Duration of Storm Water (LISSW)”.

    LILDF adalah disebabkan hujan bermusim atau tidak bermusim yang meliputi kawasan di seluruh kawasan tadahan Sg Kelang dan Sg Gombak yang terletak di hulu kawasan tadahan untuk Terowong Smart. Taburan hujannya akan agak tinggi dari nilai purata akan tetapi ianya boleh berpanjangan sehingga 7 hari. 3-day LILDF untuk Sg Kelang diukur di Empangan Klang Gate adalah 29juta meter padu. atau kira-kira 9.5 juta meter padu sehari [1]. Malang sekali [1] tidak memberikan “return period” untuk 3-day LILDF di atas. Jadi pentingkahsiapaaku? andaikan nilai tersebut adalah untuk “return period” sekali dalam 50 tahun.

    Kita boleh lihat LILDF boleh mencapai nilai 9.5juta meter padu sehari. Dari jumlah tersebut 5 juta meter padu munkin turun dalam tempuh 4 jam pertama. Air hujan dari hulu ini akhirnya akan mengalir dan melalui kawasan rendah sekitar Ampang dan Masjid Jamek. Banjir munkin berlaku atau munkin tidak. Akan tetapi paras Sg Kelang di kawasan sasaran adalah sudah pasti tinggi menghampiri paras tebing. Harus diingat paras tersebut boleh kekal tinggi sebegitu sehingga 7 atau 10 hari! Apakata dalam tempuh 7 hari tersebut curahan hujan ribut lampau lebat ( LISSW) di kawasan tadahan yang diliputi oleh Terowong Smart pada kadar 3juta meter padu dalam 4 jam berlaku? Ya, jumlah air yang mengalir melalui kawasan sasaran akan menjadi 9juta meter padu. Nilai ini akan menyebabkan paras sungai boleh naik sehingga hampir 2 kali ganda paras isian penuh!

    Jadi sepatutnya boleh melihat ada dua aliran yang perlu di kawal selia untuk mengawal banjir di kawsan sasaran. Terowong Smart dibina KHASnya untuk LISSW. Saiznya maksimum kapasiti terowong Smart adalah seperti yang dinyatakan di atas iaitu 3juta meter padu selama 4-6 jam termasuk ruang trafik. LISSW ini mempunyai “return period” sekali dalam 50 tahun. LISSW yang lebih kerap return periodnya sebagai contoh sekali dalam 5 tahun akan mempunyai nilai aliran 4-6jam yang lebih kecil (contoh 1.5juta meter padu). jadi terowong tersebut tak mempunyai masalah nak uruskan.

    Penerangan panjang lerbar di atas menunujukkan jika LILDF tidak diurus dengan baik terowong SMART tak boleh menjamin samasekali banjir kilat tak akan berlaku di kawasan sasaran. Nilai LILDF boleh mencapai 5juta meter padu dalam tempuh 4 jam yang mana kapasiti isian penuh Terowong Smart adalah hanya 3juta meter padu. Paling baik tetapi berbahaya, terowong tersebut boleh digunakan untuk melencungkan air. Akan tetapi perbuatan ini boleh mengundang banjir yang lebih teruk di kawasan-kawasan yang bukan secara tradisinya merupakan kawasan banjir! Terowong tersebut pada asasnya BUKAN terowong terowong lencungan. Sila dapatkan nasihat pakar jika ada yang bedrhajat nak buat ianya sebagai terowong lencungan.

    Jadi anda boleh lihat, berdasarkan data-data diambil dari [1], Terowong Smart tak mempunyai masalah untuk melakukan mitigasi dan mengurus air banjir jika LILDF diurus oleh struktur lain. Struktur manakah yang sepatutnya berbuat demikian berdasarkan [1]?

    Jawapan mudahnya adalah Empangan Klang Gate! Itulah yang dinyatakan di dalam lapuran [1] walaupun lapuran tu tak menulis secara lansung. Namun idea keseluruhannya memang begitu. Ini bukan pandangan peribadi pentingkahsiapaaku? Kalau nak kata pandangan peribadi diapun apalah salahnya? Tak ada masalahpun.

    Ada perkara lain yang pentingkahsiapaaku? belum bincangkan berkaitan SOP terowong tersebut. Namun pada peringkat ini dia dapati itu bukan isu utama.

    The key structure to ensure Smart Tunnel can produce the expected result might lie on how Klang Gate manages its LILDF. If it does the the way it should be done, then Smart Tunnel is in Bussiness. Otherwise… see you in the next discussion about flash floods in KL 20 years from now. Itupun jika Alalh panjangkan umur pentingkahsiapaaku?

    Cewaahhh speaking London pulak aku ni. Terima kasih kerana sudi membaca sampai ke peringkat ini. Jumpa lagi…..

    [1] http://www.smarttunnel.com.my/construction/images/news/special/SR01.pdf

  7. Pentingkesiapaaku?

    Sambung lagi.

    Kan aku dah kata pentingkesiapaaku? amat bagus dalam hal berkaitan kawalan air permukaan ni. Apa? Masih tak percaya? Oklah. Aku bagi lead. Tu link [1] yang aku bagi tu cer cuba tengok muka 1. Lihat kadaralir banjir dari Klang Gate yang berjumlah 105. Actual Engineer tu lupalah pulak nak tuliskan unitnya. Sebenarnya 105 meter padu sesaat. Itu adalah aliran banjir tertinggi dijangka yang datang sekali dalam tempuh 50 tahun. Kalau kamu ikut arah aliran Sungai Kelang ke bawah bagi bagi gambarajah Without Smart Tunnel kamu akan jumpa satu nilai 910meter padu sesaat. Ini adalah aliran banjir terbesar dijangka dalam tempuh 50-100tahun.

    Seterusnya kalau kamu susuri arah yang sama bagi gambarajah With Smart Tunnel, kamu akan jumpa satu nilai 730meter padu sesaat. Ini sepatutnya senario tak banjir. Kalau Engineer tu silap jangan marah pentingkesiapaaku?. Tahun 1971 tu dia ni kecik lagi. Manalah dia nak tahu ini semua tu? Jadi kita harap Engineer tu beri nilai yang betul. Kalau inipun salah makanya keseluruhan rekabentuk Terowong tersebut dah jadi salah. Maka dia kena tukar ceritalah nampaknya.

    Berbezaan antara dua nilai tersebut iaitu 905 dan 730 sebanyak 180 meter padu sesaat adalah nilai perlu diambil oleh apa yang dipanggil Terowong Smart tu. Ia adalah localized storm water yang dijangka mempunyai jangkahayat 4.63jam dan tempuh purata ulangan sekali dalam 50 tahun (munkin 50-100 tahun..Apa kita nak kisah?). Jadi kalau kamu kira jumlah air yang dialirkan ke dalam terwong pada kadar 180 meter padu sesaat selama 4.63jam makanya kamu akan dapat isipadu total Terowong Smart termasuk dua kolamairnya dan terowong jalanraya. Taklah secanggih mana dan sesusah manapun nak faham rekabentuk terowong ni kan?

    Masalah aliran air permukaaan yang pentingkesiapaaku? selesaikan jauh lebih rumit dari masalah terowong ni. Pada skala dia terowong ni ciput amat sebab dia pernah bekerja di empangan pengawal banjir di luar negeri yang bersaiz sebesar 15,000,000,000 meter padu. Kamu kata dia tersilap letak jumlah sifar? Ohhh tidak. Memang isipadu dimencapai 15billion meter padu tuh. Terowong tu apa kelas bro, Baru 3 juta meter padu! Itupun dah kelamkabut satu negara. Aliran banjir puncak empangan tempat dia pernah bekerja boleh mencapai sehingga 30,000-35,000 meter padu sesaat. Jumlah air sebanyak ni boleh menenggelamkan seluruh KL dalam masa tak sampai 2 jam! Memang tak boleh bandinglah….

    Apa yang paling penting dia nak bagitahu pada sebarang masa aliran air keluar dari Klang Gate perlu DIPASTIKAN berada pada atau di bawah nilai 105 meter padu sesaat. Soalan dia bagi tahu aku. Kamu ingat ada sapa-sapa dalam kotak tu ambil kisah tentang ni? Cer tanya tuan punya empangan tersebut ada atau tidak dia masukkan ini ke dalam SOP mereka? Kamu tanya pentingkesiapaaku? Dia dah tahu jawapannya. Kamulah cari sendiri. Anggaplah kerja rumah dia bagi kat kamu. Harus diingat jika nilai tersebut berada di atas 285 meter padu sesaat pada ketika berlakunya “High Intensity, Localized but Short Duration of Storm Water”, nilai tambah untuk kewujudan terowong tersebut adalah SIFAR mutlak. Saiz banjir di kawasan yang dilindungi akan menjadi sama sepenuhnya seolah-olah terowong tersebut tak ada di situ! Ironik sekali kan? Sebarang percubaan nak melencungkan banjir pula munkin akan berakhir dengan keputusan yang lebih tragis iaitu banjir lebih besar di luar kawasan banjir yang tradisional………

    Sedeee kita bukan?

    • جزاك اللهُ خيراً di atas penerangan yang panjang lebar. sepertinya walaupun sdr pernah menyuarakan pandangan sdr di dalam team projek SMART, tetapi suara sdr tidak dipedulikan kerana “pentingkesiapaaku” . apa pun kita ucapankan جزاك اللهُ خيراً di atas usaha2 sdr . kembali kepada perbincangan umum …

      lecturer aku dulu pernah cakap, kerajaan pada masa itu (dan mungkin juga hingga hari ini) terlalu sibuk dengan projek2 mega, dan tidak begitu mempedulikkan pandangan dari ahli2 akademik. di negara kita ahli2 politik mempunyai autoriti besar dalam bersuara berbanding ahli2 akademik (termasuk jurutera, doktor, bla, bla). orang lain termasuk ahli2 akademik perlu angguk2 kalau tak mahu dilabel sebagai pembangkang. buruk sangatkah definisi pembangkang, sampai keterlaluan disinonimkan dengan penderhaka dan pengkhianat? apabila tiada suara yang membangkang di dalam perkara2 yang salah, kemungkaran mereka yang berkuasa … ini lah hasilnya.

      dari perspektif orang awam seperti aku, lihat sambungan artikel ini. masalah banjir kilat mungkin tidak akan serius jika negara kita tidak menebus tanah berhampiran sungai secara keterlaluan atas tiket pembangunan. sepatutnya kawasan sungai diberi ruang secukupnya dan bukan sekadar cukup2 makan, ruang tambahan diberi supaya sungai mampu menampung limpahan air sewaktu hujan lebat bagi mengelakkan masalah banjir kilat atau paling kurang meminimumkan bilangan banjir kilat setahun seminimum mungkin (hampir kepada sifar). bak kata pepatah “mencegah adalah lebih baik daripada berubat”. bila nasi menjadi bubur, kos rawatan atau pembaikian adalah tinggi. namun ini mungkin tidak menjadi masalah kepada politikus kerana bagi mereka projek-projek projek, tender, tender, tender, duit, duit … siapa yang idiot? rakyat kan!

      sikit cerita … mungkin off topik dan mungkin juga tidak …

      sebagai mana yang diketahui umum, sungai mengalir dari daratan ke laut atau ke tasik2 besar (yang rupa macam laut). lebih spesifik lagi dari kawasan tanah tinggi ke kawasan tanah yang lebih rendah, kemudian ke kawasan yang lebih rendah lagi, dan lagi, dan lagi … dan berkahir di kawasan yang paling rendah iaitu laut atau tasik. ini boleh dikatakan sebagai hukum alam atau hukum adat atau hukum graviti.

      masalah banjir kat pusat bandar KL, kita tidak boleh salahkan SMART semata2. walaupun sebahagian besar masalah perparitan dan saliran adalah salah kerajaan yang terlalu lama memerintah, tetapi sebahagian lagi adalah salah rakyat juga (sori ini bukan pasal undi la). segolongan rakyat (sama ada peniaga, pemaju, hartawan dsb) juga tamak dan rakus dalam meneroka/memajukan tanah bernilai tinggi. untuk menjadi lebih halal, businessman2 perlu connected dengan politikus2. salah siapa? salah si idiot juga, hi, hi, hi … kerana membiarkan kemungkaran berleluasa terlalu lama.

      dalam artikel ini dan artikel sambungan, kita dapati banjir kilat kerap berlaku di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur (dari gambar2 di Internet dan berita banjir, http://www.ohtidak.com/oh-banjir-di-jalan-tun-razak/). sejuk hati fan club SMART kerana SMART tak bersalah dalam hal ini. hu, hu, hu …. abis tu apa puncanya?

      kalau kita buat analisis Google Maps ke kawasan banjir sekitar Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. aduss…. sekali lagi …. cuba lihat peta2 dari link di bawah.

      http://maps.google.com.my/maps?hl=en&ll=3.173468,101.7137&spn=0.024039,0.042272&t=p&z=15

      http://maps.google.com.my/maps?hl=en&ll=3.174411,101.715159&spn=0.024039,0.042272&t=m&z=15

      http://maps.google.com.my/maps?hl=en&ll=3.170415,101.711619&spn=0.003005,0.005284&t=h&z=18

      ke manakah aliran sungai bunus? perhatikan perbezaan lebar sungai sepanjang aliran, mana hulu dan mana hilir? sepertinya ia tidak mengalir ke sungai kelang atau pun ke sungai gombak. abis tu ke mana? ke tasik titiwangsa kah? atau tidak ke mana2?

      kalau suatu sungai mengalir ke dalam tasik semulajadi, ini memang berlaku kerana biasanya tasik jenis ini di kelilingi bukit, gunung-ganang atau tanah tinggi. sebaliknya tasik titiwangsa adalah bekas lombong (tasik buatan), takkan sungai semula jadi mengalir ke tasik buatan. adakah itu bermaksud aliran sungai bunus yang asal telah dilencongkan ke tasik titiwangsa? ataupun sungai bunus asalnya adalah paya, tiada hulu dan tiada hilir?

      so, adakah ini juga pencegahan banjir dari jenis takungan? arghhhh …. patutkah kita biarkan geng labu (bersama labu2nya) mengkaramkan kapal yang kita semua naiki bersama?

  8. pentingkesiapaaku?

    pentingkesiapaaku? pesan kat aku untuk menyampaikan ucapan terima kasih kerana berminat untuk terus membincangkan tentangnya. Dia merayu kepada semua supaya percaya bahawa, kekunci kepada kejayaan terowong tersebut melawan banjir kilat terletak kepada dua perkara. Pertama regulasi mengawal banjir dari hulu Sg Kelang dilakukan dengan baik oleh Empangan Klang Gate. Kedua, SOP kendalian terowong yang mereka gunakan sekarang perlu diubah. pentingkesiapaaku? tak mahu membincangkan tentang kekunci no. 2 oleh kerana tanpa kekunci pertama SOP yang bagus yang pentingkesiapaaku tahu? pun tak dapat nak menjamin kejayaan yang besar. Buat penat dia nak taip SOP yang nampak macam tak menggambarkan mereka faham bagaimana terowong tersebut sepatutnya berfungsi. Dia ulangi tak kisahlah berapa lama rakyat Malaysia nak menunggu untuk menyedari bahawa tanpa peranan Empangan Klang Gate jangan harap banjir kilat di KL boleh dielakkan.

    Dia ambil pot pendapat kamu banjir tidak berlaku di kawasan yang dilindungi oleh terowong tersebut. Akan tetapi, berhati-hatilah dia berpesan. Banjir di Thailand tempuhari, punyalah lebat hujan yang turun anehnya empangan2 di Thailand tak pulak banjir. Anih kan?

    Ada satu magik yang ramai orang awam tak faham tentang struktur penampan banjir. Ianya boleh digunakan untuk mereka sahaya banjir “artificial”. Dia tak kata itu yang berlaku akan tetapi kemunkinan ini tidak boleh ditolak! Apa yang berlaku di Thailand tahun lepas yang menyebabkan banjir besar adalah mirip kepada banjir buatan walaupun ianya tak disengajakan. Jika ianya boleh berlaku di Thailand apa yang menyebabkan ianya tak boleh berlaku di sini.

    Terowong Smart boleh menjadi struktur penampan banjir DAN boleh menjadi struktur memindah banjir ke tempat lain. Ia bergantung kepada bagaimana ianya digunakan iaitu sebagai terowong lencungan atau struktur penyimpan air atau meliputi kedua-duanya. Setiap pilihan punya implikasi yang berbeza. Dia bagi contoh. Katakan rumah dia dan rumah kamu berkongsi satu longkang besar. Tapi longkang besar tu melalui rumah dia dahulu sebelum ke rumah kamu. Malangnya rumah dia agak rendah sedikit. Apabila hujan turun air bertakung dengan banyak disekitar rumah dia. Rumah kamu selamatlah sebab banyak air hujan yang terperangkap kat rumat dia. Namun dia memang pakar tentang banjir ni. Dia beli power punya pam. Dia pam air yang bertakung tu dan alirkan ke dalam longkang menghala ke rumah kamu. Pam tu punyalah powernya air yang bertakung kat depan rumah dia kering dalam tempuh sepuluh minit. Agak-agaknya longkang di depan rumah kamu tu cukup besar ke untuk mengelakkan air yang sedemikian banyak dari melimpahi tebing? Tak pastilah pulak kan? Yang pasti kamu akan nampak paras air longkang tersebut jauh lebih tinggi dari paras normal jika dia tak menggunakan pam.

    Masih tak nampak? Nantilah dia akan ceritakan bagaimana perkara yang seumpama di atas boleh berlaku kepada torowong Smart tersebut…. Tunggguuuu….

  9. pentingkesiapaaku?

    Munkin ada yang ingat dia berlagak pandai aje tentang subjek ni. Walhalnya habukpun tak ada. Nak amek kau, Macam Smart punya SOP yang dia kata kereng sikit.

    https://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:JTCC3RAJD-UJ:www.sspsb.com.my/images/GEOWEB/Publications/STORMWATER%2520MANAGEMENT%2520AND%2520OPERATION.pdf+smart+tunnel+operating+procedures&hl=en&gl=my&pid=bl&srcid=ADGEESicj_G9mV1m6Z1A88bsj4GyGKg5Uja_jDyvaX97AbzVNSNnbe8JCLwzxlJJGxxk814C9WDx1uDhnSgzPIjv08g8QodMS_X77A1jNyDAy2rc-csjHLiKr9RHcaC5DCMxr2-BH0y8&sig=AHIEtbTFQcbkNF-09Ax87_QC2SDM2iNFYQ

    Dia nak kome sikit perihal SOP tersebut.

    3.1 Bullet no.1 yang berbunyi (Terjemahan)……
    Apabila Terowong Smart tidak digunakan (Komen dia :Kira-kiranya aliran Sg Kelang di bawah 70m3/s lah tu) makanya pintu Terowong Smart akan ditutup.

    Komen dia. Mengapa pulak macam tu? Membenarkan air Sg Kelang melalui kawasan rendah akan menyebabkan keupayaan menyimpan air Sungai untuk kawasan2 rendah di hilir Smart intake akan berkurang. Sepatutnya mereka lencungkan sebahagian dari air tersebut “bypass” kawasan hilir yang rendah dan lepaskan ke dalam Sungai Kerayung sementara aliran Sungai Kelang masih masih rendah. Dengan itu paras air Sungai Kelang di kawasan2 yang rendah yang ingin dilindungi akan kekal rendah. Tentunya keupayaannya untuk menampung air jika hujan lebat berlaku dalam tempuh yang singkat akan bertambah. Dia dah kira dah. Setakat 1.5 juta meter padu peningkatan keupayaan simpanan tu kacang aje nak dapat. Ini dah kira separuh dari keupayaan menyimpan air terowong Smart yang berharga RM 2 billion tu! Kos tambahan sifar. Yang diperlukan hanyalah inisiatif untuk senantiasa berusaha untuk keluar dari dalam kotak….

    Ada lagi dia akan komen. Tapi lain kalilah.

  10. pentingkesiapaaku?

    Dia tak boleh tahan tengok SOP tu….

    Yang ni pulak.

    Tajuk Operating Rules for Flood Diversion into SMART .. (Dia kata…Lomah den. Speaking Londonlah pulak )

    a. When the flow exceed 70m3/s the Offtake gates are opened to send flow into the Holding Pond and the Diversion Gates are operated so that the flow to be sent downstream of Sg Klang is controlled at 50m3/s

    Dia komen … Ada dua komen

    1. Kan dah kelamkabut nak kurangkan aliran ke hilir. Masa tak hujan boleh buat apasal tunggu masa hujan lebat? Masa ni kita perlukan kesuluruh isipadu terowong 2.75juta meter padu (Dia tak perlukan ruang jalanraya 250,000m3 tuh-Buat nyemak aje) nak lawan banjir kilat. Kamu gunakan untuk buat lencungan isipadu simpanannya akan berkurang.

    2. Apasal nak ambil pot dengan kadaralir 70m3/s jika dia tak menimbulkan masalah? Biar ajelah dia lalu kalau tak banjir? Tidakkah mereka tahu berdasarkan lapuran yang pentingkesipaaku? bagi dalam pos sebelum ni, aliran banjir bermula hanya jika kadaralir Sungai Kelang diukur di Jambatan Sulaiman mencapai nilai 730m3/s? Jika aliran Sg Kelang 70 m3/s dan “localized storm water” kawasan sekitar Jambatan Sulaiman hanya berjumlah di bawah 700m3/s biarlah dia lalu. Dia hanya lalu aje sambil menjeling macam ganas. Tapi tak ganas manapun. Apasallah pulak nak tahan? Jika penahanan dilakukan pada masa sekarang makanya terowong tu akan diisi sebahagiannya. Jika aliran meningkat 200-300m3/s dan begitu mengancam dua jam kemudian siapa nak jawab? Terowong dah diisi separuh dengan air yang tak mengancampun. Ringkasannya “Timing terowong tu nak tahan air banjir tanpa bicara adalah sangat-sangat mustahak” walaupun tak semustahak peranan Empangan Klang Gate. Tangkap aliran banjir yang mengancam sahaja. Bukan belasah borong macam adegan Bersih tempuhari kan..kann…

  11. rakyat malaysia

    Salam, yang penting sekarang ni kita dan seluruh rakyat Msia dah tahu bahawa projek ini GAGAL dan wang yang telah dilaburkan untuk projek ini sepatutnya digunakan untuk membuat aliran sungai alternatif ke laut. Saya rasa kosnya jauh lebih rendah dan baki wang boleh disalurkan bagi projek pendalaman sungai, parit serta menambahbaik sistem perparitan sedia ada termasuk parit di sisi jalan yang selalu tersumbat dan mewujudkan lopak air. Terima kasih.

    • memang sungguh mengecewakan … sistem saliran dan perparitan di negara kita secara keseluruhannya boleh dikatakan GAGAL, dan setiap tahun negara kita tidak sunyi dari pesta banjir kilat.

      tak boleh ker kerjaan dan pegawai2 kerajaan serta pihak2 yang bertanggung jawab berfikir dan berkerja secara lebih profesional, inovatif, kreatif dalam mencari serta menyelesaikan permasalahan2 rakyat di mana di bawah bidang kuasa dan tanggung jawab mereka? bukan sekadar penyelesaian2 jangka pendek, tetapi kita juga sangat memerlukan penyelesaian jangka panjang yang praktikal dan bukan sekadar penyelesaian hiburan.

      sana sini … nak senang jer, kerja berat sikit dah patah tulang. waduhhh … macam puding jer mereka ni

  12. banjir untuk tahun ini pula, pada 10 April 2013 … masalah ini tak akan selesai selagi yang menguasai kerajaan hanya berminat merebut projek2 atas nama pembangunan ….

    http://omakkau.blogspot.com/2013/04/koleksi-rakaman-gambar-kl-dilanda.html

  13. pentingkesiapaaku?

    Tidak..tidak..tidak…Bukan projek tu yang gagal. pentingkesiapaaku dah semak lapuran berkaitan asal usul “strategi mitigasi banjir berstruktur dan tidak berstruktur KL” seawal lapuran tahun 1980an lagi. Hampir kesemua tasks yang digariskan toleh lapuran tsb telah dilaksanakan. Salah satu lapuran tu dibuat oleh pakar dari United States Bureu of Reclamation (USBR). Pakar mereka tu. Apapun kalau pentingkesiapaaku? yang mengatur strategi melawan banjir di KL diapun akan menggariskan strategi yang sama, minus the SMART tunnel.

    Aku tanya pentingkesiapaaku? Apakah struktur2 yang telah digariskan oleh lapuran USBR tersebut? Dia liskan macam ni. 1. Meningkatkan kapasiti empangan Klang Gates setara dengan ketinggian paras tasik sebanyak 3m. 2. Pembinaan empangan Gombak. 3. Pembinaan kolam tadahan air Batu. 4. Pembinaan kolamair Ampang berkapasiti 3juta meter padu. 5. Non structur approach seperti melebarkan dan mendalamkan sungai. SMART tunnel tak ada pun? Actually memang tak ada dalam cadangan awal. SMART tunnel dibina untuk menggantikan kolamair Ampang. Sebab apa? Tanya JPS. Pada aku terowong tersebut above specification. Kolamair Ampang seperti yang dicadangkan oleh USBR adalah memadai. Empangan Gombak pulak? Tak jadi dibina. Akan tetapi kalau tak silap ianya digantikan oleh beberpa siri diversion tunnels, Sg Batu dan Jinjang.

    Kesemua struktur dan bukan struktur yang dibina sehingga kini sepatutnya telah cukup untuk merendahkan kadar berulang banjir kilat di KL kepada paling banyak dua kali dalam tempuh 80 tahun. Ini kata DG JPS yang lepas iaitu IR Keizul. Bukan kata pentingkesiapaaku? Jadi di mana silapnya?

    Silapnya adalah…..apabila sesiapa sahaja menuding jari hanya kepada terowong SMART tersebut, maka itu adalah manifestasi kepada kesilapan yang berlaku. kadar aliran banjir puncak di KL berlaku dari dua sumber iaitu “low intensity but short duration dari sungai Kelang dan lain2 sungai” dan “high intensity but short duration of storm water”. Secara mudahnya yang pertama tu kita orang panggil instream flow (Q_sf). Yang kedua tu pulak surface runoff or storm water (Q_sroff). Persamaan dia macam ni:

    Total flood flow (TFF) = Q_sf+Q_sroff (1)

    Obviously peak discharge berlaku apabila kedua peak Q untuk kedua-duanya coincides. Katakan Q_sf paling tinggi dalam tempuh 50 tahun 723 m3/s [IR Keizul report-berlaku pada masa bah besar tahun 1971] dan Q_roff pula 250m3/s dalam tempuh 4 jam diukur dekat Jambatan Sulaiman (Sekitar outlet terowong Smart). jadi peak discharge yang mengalir melalui KL terbesar dalam tempuh 978m3/s. Nilai ini dha burst maximum non flood flow of 723m3/s. Actually apa yang pentingkesiapaaku? terangkan kat atas tu adalah base scenario yang digunakan dalam merekabentuk sistem melawan banjir bersepadu untuk KL yang telah menjadi asperasi negara sejak bah besar tahu 1971 lagi. So dia bukan sembang kosong tau!

    So dia permudahkan untuk kamu membantu menyelesaikan masalah banjir kilat di KL yang nampak macam susah aje. Bagi pentingkesiapaaku? Dia kata kacang aje masalah banjir kilat kat KL nih. Apa kata kamu “hilangkan” 250m3/s air yang mengalir pada masa Q_sf=723m3/s? Adakah banjir kilat akan berlaku? Jawabnya tidak! kawasan yang kamu bulatkan kat dalam rajah kat atas tu tak akan banjir jika total aliran keluar dari daerah tersebut di ukur di Jambatan Sulaiman berada di bawah 723m3/s(USBR, IR Keizul]. That is exactly SMART tunnel or Ampang Retention Pond (as proposed by USBR) should do to ensure 98% success rate to curb flood in KL! Apa-apa sahaja aliran Q_sroff di atas 723m3/s sahaja yang perlu diambil. Ini memerlukan mereka tahu membuat operational logic to desctiminate between Q_sf dan Q_sroff! Terowong tersebut bukan tandingan kepada Q_sf. Aliran Q_sf boleh mencapai nilai sehinnga 3-5 juta meter dalam tenpuh 4 jam walhalnya terowong tersebut hanya boleh mengisi paling banyak 3juta meter padu sahaja.

    So di mana silapnya Standard Operating Procedure (SOP) JPS yang sekarang? Pertama SOP mereka gagal menentukan yang mana satu Q_sf dan yang mana satu Q_sroff. Akibatnya terowong tersebut, dalam kebanyakan masa diisi dengan Q_sf. Macam pentingkesiapaaku? kat atas tu kata…dalam mimpipun terowong tersebut tak boleh nak lawan jumlah kumulatif Q_sf tersebut yang boleh mencapai >3juta meter padu dalam tempuh 4 jam.

    Kedua, empangan Klang Gates perlu digunakan bagi mempastikan aliran Sungai Kelang yang dilepaskan ke arah KL pada masa berlakunya banjir dari hulunya adalah tidak lebih dari 105m3/s [Ir Keizul report]. Ini boleh dicapai dengan menggunakan ruang penampan banjir 3m yang telahpun dibina pada awal tahun 1980an lagi. cuma kamu ingat Syabas tahu tak yang 3m paras atas empangan tersebut adalah milik mutlak sistem kawalan banjir KL dan tak boleh digunakan untuk simpanan reserve air? Rasa2nya tidak. Kalau kamu selalu nampak empangan tu melimpah makanya ini bermakna mereka tak tahu. Tanpa bantuan dari empangan Kalng Gates Q_sf dalam persamaan 1 di atas boleh mencapai nilai 723m3/s dengan lebih kerap lagi. Bukannya sekali dalam tempuh 50 tahun!

    Ketiga ..lain kalilah aku tanya dia….. Tu kat atas tu dah banyak untuk kamu faham…

    Cuma satu perkara aku nak bagitahu kamu tentang reputasi pentingkesiapaaku? Dia ada reputasi sebagai munkin rakyat Malaysia yang pernama menjinakkan banjir paling besar dalam 50 tahun melalui kaedah mitigasi banjir yang dia majukan untuk salah sebuah empangan mengawal banjir di dunia ini. Cuma banjir yang dia pernah jinakkan tu saiznya 1000++ kali lebih besar dari banjir yang paling besar dijangka di KL, atau sekitar 1/5 dari banjir yang melanda Bangkok pada tahun 2011 dari segi kuantiti air yang diuruskan. Nasihat aku, kamu jangan pandang rendah kat dia.

    Aku nak sampaikan terima kasih dari dai kerana menyediakan ruang untuk dia beri pendapat…

  14. sapa la bangang buat cite niii……… pikiran tak positif ….. cuba positifkan …. jgn cari salah jeeeee … cari manfaat … apa erti bersyukur ….?

    • bangang yang engkau ucapkan itu adalah untuk diri engkau sendiri …. banjir depan mata pun engkau anggap ia satu illusi dan sekadar mimpi. kalau rumah engkau ditengelami banjir pun engkau kata illusi, sekadar mimpi dan imaginasi. nak buat macam mana penganut2 dacing biru dan keris togel memang sangat kuat berkhayal dalam lautan imaginasi …

      apa yang dikatakan positif adalah suatu yang subjektif dan hanya relatif kepada pemikiran atau ideologi sesuatu kumpulan … jika sealiran dalam arus pemikiran kumpulan itu, kumpulan itu akan anggap suatu pandangan itu positif …. sebaliknya jika bertentangan arus atau tidak sealiran, ia akan dianggap negatif oleh kumpulan itu. misalnya bagi sekumpulan lembu, suatu yang positif bagi sekumpulan lembu adalah makan rumput dan mengikut arah di mana tali di hidungnya ditarik. bagi sekumpulan ayam pula, sesuatu yang positif adalah makan kenyang-kenyang, duduk selesa dalam reban dan tidak perlu berhijrah ke luar kampung. manakala suatu yang positif bagi katak pula adalah tinggal di bawah tempurung kerana bagi katak ia lebih selamat. dan bagi labah-labah pula adalah rumah ku syurga ku. so…. harap jangan salah faham, aku bukan seperti engkau dan aku bukan termasuk dalam golongan seperti engkau, dan aku bukan spesis seperti engkau, engkau silap orang la …. ha, ha, ha ….

      bagi penganut2 kati (dacing biru aka keris togel), mereka menyembah kati dan yakin bahawa rezeki, keamanan, kesejahteraan itu datangnya daripada berhala kati dacing sembahan mereka….

      bagi kami muslimin, keyakinan kami adalah rezeki atau nikmat itu adalah kurniaan Allah SWT, tuhan semesta alam. tidak kira siapa yang memimpin, siapa yang dipimpin, atau apa latar belakang seseorang itu sekalipun, sama ada manusia ataupun haiwan sekalipun, rezeki itu datangnya daripada Allah SWT, tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. rezeki tidak semestinya dalam nilai wang ringgit atau ukuran materialistik. udara yang kita sedut adalah rezeki, kesihatan yang baik adalah rezeki, makan / minum juga rezeki, kenderaan yang memudahkan kita bergerak ke sana ke mari juga rezeki, ilmu pengetahuan yang kita perolehi adalah rezeki, pengalaman hidup adalah rezeki, penglihatan, pendengaran juga rezeki, jasad kita, pakaian, kemudahan serta kelapangan juga rezeki dan banyak lagi.

      andaikata kita adalah seorang jutawan, tetapi jika ditakdirkan wang berjuta itu bukan rezeki kita, maka ia tetap bukan rezeki kita. misalnya: setelah berjaya menjadi jutawan dan mengumpul harta berjuta2, tiba2 kita mati kemalangan. maka sudah tentu rezeki itu bukan rezeki kita tetapi menjadi rezeki waris atau mereka yang hidup. jika benar dakwaan kerajaan dacing kati (@ keris togel) lah yang memberi rezeki kepada rakyat malaysia, maka bolehkah kerajaan dacing kati (@ keris togel) memberi rezeki dalam bentuk makan dan minum kepada mereka yang di dalam kubur (rakyat malaysia yang telah meninggal dunia di malaysia)? kalau boleh, silakan. hi, hi, hi … bukankah orang yang di dalam kubur tetap tidak boleh makan dan minum kerana rezekinya di dunia sudah terputus.

      sori la kepada penganut2 @ penyembah2 berhala dacing kati/keris togel, kesyukuran kami muslimin atas rezeki yang kami nikmati hanyalah kepada Allah SWT (Tuhan Semesta Alam). Sebaliknya kebaikkan sesama manusia, kami berterima kasih.

      بسم الله الرحمن الرحيم

      يَا أَيُّهَا النَّاسُ اذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ ۚ هَلْ مِنْ خَالِقٍ غَيْرُ اللَّهِ يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ ۚ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ فَأَنَّىٰ تُؤْفَكُونَ
      “Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak ada Tuhan selain Dia; maka mengapakah kamu berpaling (dari ketauhidan)?” Fatir (35) : 3

      يُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَيُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُّسَمًّى ۚ ذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ ۚ وَالَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِهِ مَا يَمْلِكُونَ مِن قِطْمِيرٍ
      “Allah jua yang memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Ia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu sembah – yang lain dari Allah – tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma.” Fatir (35) : 13

      وَلَقَدْ مَكَّنَّاكُمْ فِي الْأَرْضِ وَجَعَلْنَا لَكُمْ فِيهَا مَعَايِشَ ۗ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ
      “Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur.” Al A’raf (7) : 10

      وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاءَ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا لَاعِبِينَ
      “Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan bermain-main.” Al Anbiyaa’ (21) : 16

      وَاللَّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
      Maksudnya : “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.” An Nahl (16) : 78

      قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ
      Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.” Al Mulk (67) : 23

      فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
      Maksudnya : “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” Ar Rahmaan (55) : 13 / 16 / 18 / 21 ….

      selain ibadah, ketaatan pada perintah dan larangan Allah SWT juga sebagai tanda bersyukur. ini termasuk …

      بسم الله الرحمن الرحيم

      لَّيْسَ بِأَمَانِيِّكُمْ وَلَا أَمَانِيِّ أَهْلِ الْكِتَابِ ۗ مَن يَعْمَلْ سُوءًا يُجْزَ بِهِ وَلَا يَجِدْ لَهُ مِن دُونِ اللَّهِ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا
      Maksudnya : “(Pahala/Balasan baik dari Allah atau syurga Allah) itu bukanlah menurut angan-anganmu yang kosong dan tidak (pula) menurut angan-angan Ahli Kitab. Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, niscaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu dan ia tidak mendapat pelindung dan tidak (pula) penolong baginya selain dari Allah.” An Nisaa (4) : 123

      Maksud hadis

      Hadis riwayat Said bin Zaid bin Amru bin Nufail رضي الله عنه: ia berkata:Bahawa Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: Barang siapa mengambil sejengkal tanah dengan zalim, maka Allah akan mengalungkannya di hari kiamat setebal tujuh lapis bumi.

      Dari Abu Bakar as-Shiddiq رضي الله عنه katanya: “Hai sekalian manusia, sesungguhnya engkau semua tentu membaca ayat ini – yang artinya: “Hai sekalian orang-orang yang beriman, jagalah dirimu sendiri, tidaklah akan membikin bahaya kepadamu semua orang yang sesat itu, jikalau engkau telah memperoleh petunjuk.” (al-Maidah: 105), tetapi sesungguhnya saya juga mendengar Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: “Sesungguhnya para manusia itu apabila melihat orang yang zalim, lalu tidak mengambil atas kedua tangannya — tidak menghentikan perbuatannya , maka hampir saja Allah akan meratakan terhadap seluruh manusia tadi dengan menurunkan siksaNya.” – Diriwayatkan oleh Imam-Imam Abu Dawud, Termidzi dan Nasa’i dengan isnad-isnad yang shahih.

      adakah seseorang itu dikira bersyukur kepada Allah sedangkan beliau adalah pendukung kepada pemimpin yang zalim lagi khianat ??? walaupun berulang kali ayat2 dibacakan, beliau tetap membela pemimpin yang zalim lagi khianat …

      بسم الله الرحمن الرحيم

      وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ ۚ وَمَن يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِي
      Maksudnya : “… Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. ” Al Baqarah (2) : 283

      وَلَا تُجَادِلْ عَنِ الَّذِينَ يَخْتَانُونَ أَنفُسَهُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ خَوَّانًا أَثِيمًا
      Maksudnya : “Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang-orang yang mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa.” An Nisaa (4) : 107

      فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
      Maksudnya : “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” Ar Rahmaan (55) : 13 / 16 / 18 / 21 ….

      هَا أَنتُمْ هَٰؤُلَاءِ جَادَلْتُمْ عَنْهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فَمَن يُجَادِلُ اللَّهَ عَنْهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَم مَّن يَكُونُ عَلَيْهِمْ وَكِيلًا
      Maksudnya : “Sedarlah! Kamu ini adalah orang-orang (yang telah menyimpang dari kebenaran), kamu telah berhujah membela mereka (yang bersalah) dalam kehidupan dunia ini, maka siapakah yang akan berhujah kepada Allah untuk membela mereka itu pada hari kiamat kelak? Atau siapakah yang akan menjadi pelindung mereka (dari azab seksa yang disediakan oleh Allah)?” An Nisaa (4) : 109

      فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
      Maksudnya : “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” Ar Rahmaan (55) : 13 / 16 / 18 / 21 ….

      tahukah penganut2 @ penyembah2 berhala dacing kati/keris togel, bahawa laknat Allah juga ditimpakan kepada mereka yang melihat kemungkaran tetapi mendiamkan diri dan tidak menghentikannya?

      Maksud hadis:

      Dari Ibnu Mas’ud R.A katanya: “Rasulullah S.A.W. bersabda:
      “Sesungguhnya pertama kali cela yang mengenai kaum Bani Israil ialah bahwasanya ada seorang lelaki yang bertemu dengari lelaki lainnya, kemudian orang tadi berkata kepada kawannya: “Bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkanlah apa yang engkau kerjakan, sebab hal itu tidak halal untukmu.” Kemudian orang itu menemui kawannya pada esok harinya, sedang kawannya itu masih mengerjakan sebagaimana keadaannya kemarin, tetapi perbuatannya yang sedemikian itu tidak menyebabkan ia enggan untuk tetap menjadi kawannya makan, minum dan duduk bersama.

      Ketika kaum Bani Israil sudah sama melakukan yang seperti tadi, Allah lalu memukulkan – membencikan – hati setengah mereka kepada setengahnya, kemudian beliau mengucapkan ayat – yang artinya: “Orang-orang kafir dari kaum Bani Israil itu dilaknat atas lisannya Dawud dan Isa anak Maryam. Yang sedemikian itu disebabkan mereka durhaka dan melanggar peraturan (78). Mereka tidak saling larang-melarang pada kemungkaran yang mereka kerjakan, alangkah buruknya apa yang mereka lakukan itu (79). Engkau melihat kebanyakan mereka itu mengambil orang- orang kafir menjadi pemimpin, sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka kirimkan lebih dulu untuk diri mereka , sehingga firmanNya: “Kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik.” (al-Maidah: 78-81)

      Selanjutnya beliau S.A.W. bersabda: “Jangan demikian, demi Allah, niscayalah engkau semua itu wajib memerintahkan kebaikan, melarang dari kemungkaran, mengambil tangan orang yang zalim – yakni menghentikan kezalimannya – serta mengembalikannya atas kebenaran yang sesungguhnya, juga membasmi tindakannya kepada yang hak saja dengan pembatasan yang sesungguh- sungguhnya. Atau jikalau semua itu tidak dilakukan, maka niscayalah Allah akan memukulkan – membencikan – hati setengahmu terhadap setengahnya kemudian melaknati – mengutuk – engkau semua sebagaimana Dia mengutuk mereka – Bani Israil.”

      Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan. Ini adalah menurut lafaznya Imam ‘Abu Dawud.

      Adapun lafaznya Imam Termidzi ialah: Rasulullah S.A.W. bersabda:
      “Ketika kaum Bani Israil sudah terjerumus dalam berbagai kemaksiatan, lalu alim ulama mereka itupun melarang mereka, tetapi mereka tidak menghentikan perbuatan mereka itu. Kemudian alim ulama tadi mengawani mereka dalam duduk, makan dan minumnya – sebagai menyetujui kemungkaran yang dilakukan itu. Karena itu Allah lalu memukulkan – membencikan – hati setengah mereka terhadap setengahnya serta melaknat mereka atas lidahnya Nabi Dawud dan Isa anak Maryam. Yang sedemikian itu adalah karena mereka telah melanggar aturan.”

      Kemudian Rasulullah S.A.W. duduk dan sebelum itu beliau S.A.W. bersandar, lalu meneruskan sabdanya: “Jangan demikian. Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaanNya. Laknat itu pasti datang, sehingga engkau semua mengembalikan orang- orang yang berbuat kemungkaran itu kepada kebenaran yang sesungguh-sungguhnya.”

      mampukah engkau dan spesis engkau memahami apa yang dibincangkan ini? macam mustahil jer … rasanya engkau ni jenis spesis yang tak mengerti apa2 …kah, kah, kah …

      بسم الله الرحمن الرحيم

      إِنَّ شَرَّ الدَّوَابِّ عِندَ اللَّهِ الصُّمُّ الْبُكْمُ الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ
      Maksudnya : “Sesungguhnya binatang (makhluk) yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah; orang-orang yang pekak dan tuli yang tidak mengerti apa-apa pun.” Al Anfaal (8): 22

      وَلَوْ عَلِمَ اللَّهُ فِيهِمْ خَيْرًا لَّأَسْمَعَهُمْ ۖ وَلَوْ أَسْمَعَهُمْ لَتَوَلَّوا وَّهُم مُّعْرِضُونَ
      Maksudnya : “Kalau sekiranya Allah mengetahui kebaikan ada pada mereka, tentulah Allah menjadikan mereka dapat mendengar. Dan jikalau Allah menjadikan mereka dapat mendengar, niscaya mereka pasti berpaling juga, sedang mereka memalingkan diri (dari apa yang mereka dengar itu).” Al Anfaal (8): 23

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 146 other followers

%d bloggers like this: