Resepi : Sambal cili hijau ikan keli / tilapia


Ini ada satu resepi menarik untuk dicuba sama ada sebagai hidangan berbuka atau bersahur. Anytime pun boleh jugak, no problem. Cara masak tak susah, cuma kena main ‘timing’ sikit dan pandai adjust imbangan rasa pedas, masam, dan masin. Resepi ini bukan resepi original. Aku reka semula dari beberapa eksperimen, di mana aku cuba tiru masakan kantin kat tempat kerja lama. Walaupun sambal hijau ikan keli atau ayam sangat jarang dalam menu kantin itu, kalau ada jual إن شاء الله aku akan beli. الحمد لله jadik juga akhirnya, tapi sambal hijau ikan jer … sambal ayam tak jadik, macam ada kurang sesuatu.

Masa dulu2 time ternak ikan dalam satu kolam kecil, rajin buat masak ini. Tapi selepas semua ikan mati dalam tangki mati secara misteri termasuk jenis ikan yang sangat tahan lasak, kitaorang dah sangat jarang buat masak ini. Misteri misteri, macam unsur sabotaj pun ada, hmm … والله أعلمُ

Jadik aku tulis resepi ini kat blog ini supaya aku sendiri tak lupa, boleh track record balik. Hi, hi, hi … resepinya ….

Bahan2
  • 1/2 kg @ 1 kg ikan keli atau tilapia merah (ikan darat lain seperti ikan puyu, ikan sepat, ikan tilapia hitam, mmm … juga boleh digunakan)
  • garam secukup rasa
  • serbuk kunyit untuk menggoreng
  • sedikit halia (sebesar duit 5 sen atau 10 sen), dibuang kulit, dibasuh dan dihiris nipis.
  • 3 ~ 5 ulas bawang putih. dibuang kulit dan dibasuh
  • 5 ~ 15 bj cili hijau (juga bergantung pada saiz dan juga kuantiti sambal yang hendak dihasilkan), basuh sebelum dikisar/tumbuk nanti
  • 5 ~ 10 biji cili padi hijau (nak pedas – lebihkan, kalau nak kurang pedas – kurangkan), basuh dulu sebelum dikisar/tumbuk nanti.
  • sejemput ikan bilis tanpa perut (agak2, 2 ~ 3 sudu besar) ATAU ikut suka, tapi jangan terlalu banyak sangat. basuh dulu sebelum dikisar/tumbuk nanti.
  • asam jawa secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • sos tiram adabi / nona / life atau yang mempunyai rasa sepertinya (sebagai penambah perisa)
  • minyak secukupnya untuk menggoreng (deep fry)

Catatan : bawang besar atau merah langsung tidak digunakan di dalam resepi ini. mungkin ini adalah perbezaan daripada resepi2 sambal hijau lain.

Cara membuatnya
  1. ikan dibersihkan sehingga bersih (lendir ikan boleh dikurangkan atau dihilangkan dengan menggosok ikan dengan daun serai atau guna tepung, jika ikan berbau rumput, sila cari petua kat mana2 sumber bagaimana untuk menghilangkan bau rumput pada ikan air tawar) [ikan keli mempunyai duri atau bisa, kalau memancing ... anda perlu buang duri ini sendiri]
  2. garam kunyitkan ikan dan goreng secara deep fry (ikan tenggelam dalam minyak). gunakan api sederhana atau agak kuat semasa menggoreng. [oleh kerana ikan keli berkulit, pastikan anda tudung kuali semasa mengoreng untuk mengelak terkena minyak yang meletup2 ATAU kelar2kan ikan keli bagi mengurangkan kesan ini]
  3. bila ikan dah garing dan cantik, angkat dan toskan minyak berlebihan.
  4. simpan ikan goreng ke tepi.
  5. bahagikan cili hijau kepada dua bahagian ATAU 1:3.
  6. kisarkan (atau tumbuk guna lesung) cili hijau (bahagian kecil) bersama cili padi, bawang putih, halia dan ikan bilis. kisaran tidak terlalu halus dan tidak pula terlalu kasar. kalau boleh ikan bilis jadi serbuk lagi baik [dikisar dahulu]. Nota : bahan perlu dikisar kering tanpa air. asingkan kisaran ini.
  7. kisarkan baki cili hijau dan asingkan. juga kisaran kering tanpa tambahan air.
  8. tumis bahan kisar pertama (campuran) dengan minyak secukupnya, dalam kuali. minyak mungkin dalam sesenduk atau dalam 5 ~ 6 sudu besar). masakan ini agak berminyak, tetapi biar lah berpada kuantiti minyak dengan sambal.
  9. tumis bahan kisaran dengan api kecil atau sederhana.
  10. larutkan asam jawa (jenis berbiji) dengan secawan air, ambik kira2 sebesar bola pingpong (agak2) ATAU jika anda gunakan pes pati asam jawa adabi, boleh ambik kira-kira 1 ~ 2 sudu besar dan tambah sedikit air.
  11. masukkan air asam jawa ke dalam kuali apabila ikan bilis dalam tumisan garing sedikit, tumis kan seketika. tapis air asam jawa semasa memasukkan ke dalam kuali jika perlu.
  12. tambah gula dan garam secukup rasa bersama 1 sudu besar sos tiram, ke dalam kuali. cadangan : 1 sudu besar gula dan setengah sudu teh garam. key point yang penting dalam masakan ini adalah imbangan rasa gula, garam, asam dan juga kepedasan. jadi adalah penting untuk melaraskan imbangan rasa semasa fasa ini. kalau terlalu pedas, mungkin kena tambah sikit lagi gula atau asam, jika terlebih asam, cuba tambah sedikit gula. jika terlebih manis, mungkin tambahkan garam dan asam.
  13. masukkan baki kisaran cili hijau tadi dan tumis sebentar sahaja atau agak2 masak, bagi mengekalkan warna hijau cili. matikan api.
  14. semak semula imbangan rasa. jika terlalu pedas, untuk ganti air asam jawa, anda boleh tambah sedikit cuka atau air limau kasturi bertapis.
  15. akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau sekata.
  16. siap dan sedia dihidangkan. hasilnya adalah hampir sama kelihatan seperti gambar hiasan di atas.

Kalau suka, anda tambah sedikit sos ikan, aroma terhasil sudah tentu akan berbeza sedikit. Macam rasa masak ikan masin.

Catatan : peranan ikan bilis dan sos tiram adalah sebagai penambah perisa asli yang kuat (strong flavor).

Nota : anda boleh adjust atau tuning kaedah atau bahan yang digunakan untuk kesesuaian atau bagi memperbaiki lagi resepi ini. ikut suka, tiada batasan dalam kreativiti.

 

Gaya masakan : tempatan @ Melayu.

 

Selamat mencuba, selamat berpuasa.

Coretan Alkimia

About these ads

Posted on 22 Julai 2012, in Resepi and tagged . Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. hheheheh thnks…nk try nk try

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 171 other followers

%d bloggers like this: