Arkib Blog

Cadangan untuk sistem kereta api negara kita, sekadar cadangan … final

Sebagaimana yang dijanjikan, artikel ini adalah gerabak terakhir (ke 23) dari tren (siri) masalah kereta api di negara kita. Adakah anda yakin suatu perubahan positif akan berlaku dalam sistem pengangkutan kereta api di negara kita? :-? Dari gerabak “analisis bangau oh bangau”, rasanya semua itu mustahil. Semua janji manis yang ditaburkan hanya kosmetik, mungkin ada udang, sotong, daging, ayam, fish kek, fish ball, tahu, sayur, ulat, bla, bla, bla … di sebalik mee goreng mamak. :-|

Berikut adalah beberapa petikan dari kenyataan akhbar oleh Pengurus Besar Perkhidmatan KTM Komuter, Mohd Hider Yusoff mengenai pembelian 38 set komuter dari China (link : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KTMBtambah38settrenkomuterbuatanChinamulaiSeptemberini/Article/index_html) : Read the rest of this entry

Dilema kereta api negara kita, Bhg 6 – Design Failure 12

Kegagalan Kedua Belas : Fleksibiliti

Fleksibiliti yang dimaksudkan di sini adalah fleksibiliti dalam menampung jumlah penumpang mengikut keperluan. Ia adalah satu keperluan dalam sistem kereta api moden, tidak kira apa jenis tren itu kecuali jika terdapat batasan dalam reka bentuk tren. Ada tiga bentuk fleksibiliti reka bentuk kereta api yang akan kita bincangkan

  • Kebolehan untuk memanjangkan koc menikut keperluan.
  • Kebolehan menyatukan dua tren laluan berlainan.
  • Susun atur dalaman tren.

Susun atur dalaman

Fleksibiliti ruang dalam tren itu sendiri di mana kerusi boleh dilipat ke tepi untuk menambah ruang dalaman, oleh itu bilangan penumpang yang boleh diangkut juga dapat ditambah. Langkah ini sangat2 penting terutama di laluan2 sibuk di waktu2 sibuk. Langkah ini hanya praktikal untuk perjalanan jarak dekat di laluan sibuk, misalnya dalam bandaraya. Pendekatan ini adalah salah satu pendekatan yang digunakan di Jepun di laluan2 sibuk seperti Yamanote Line pada waktu sibuk (pagi dan petang), bagi menampung bilangan pengguna yang sangat tinggi sambil menjamin keselamatan pengguna semasa perjalanan.

Kerusi boleh dilipat untuk menampung kesesakan orang ramai di waktu sibuk

Setiap negara mungkin mempunyai pendekatan berlainan dalam mengurus limpahan trafik penumpang. Ada yang menggunakan pendekatan tarzan atau meluncur atas bumbung kereta api. :-D Nak tahu bagaimana rasa meluncur atas bumbung kereta api? Rasanya lebih kurang macam watak hero dan heroin makan angin atas kapal dalam filem Titanic. Romantis tu :lol:

Mungkin rakyat Malaysia boleh gunakan pendekatan ini untuk menaiki kereta api komuter & LRT di masa depan. Tak hairan pun, kita orang masa muda2 dah guna pendekatan “tarzan” untuk menaiki bas SJ atau bas mini, terutama time orang pergi-balik kerja. Hu, hu, hu … :-o ooo, ooo, oooooo, ooooooooooo

Bas Sri Jaya dalam kenangan, hu, hu ... :-(

Namun di sebuah negara ahlul nujum, kata mereka komuter dengan 3 atau 6 koc sudah mencukupi untuk kegunaan rakyatnya, kalau lebih2 nanti membazir. Bagi menyelesaikan masalah trafik penumpang, mereka menggunakan pendekatan “first come first serve” atau “only the strong will survive” dan “jika tren penuh, sila naik tren seterusnya”. Kalau penuh lagi? “Sila naik tren seterusnya …”, penuh lagi ? “sila naik tren seterusnya …”, lagi, lagi dan lagi … “sila naik tren seterusnya …” … tunggu tren2 seterusnya mungkin sampai malam kul 12am, kesian warga2 emas dan ibu2 mengandung. :-(

Penyelesaian ini memang unik, tambahan pula stesen2 kereta api di negara itu sungguh maju dan canggih … jadi kalau tunggu lama2 pun takkan diambil orang punya. Ha, ha, ha … :-D Ahlul2 nujum “1 bangsa”-“1 bahasa”-“1 agama”-“1minda”-“1pemimpin”-“1*”-“1*” … memang brilian, ada kelas. 8-O

Read the rest of this entry

Dilema kereta api negara kita, Bhg 6 – Design Failure 7, 8 & 9

Kegagalan Ketujuh : Sistem Rojak Pasembor & Roti Canai

Bila dikaji dan diteliti dalam2, nampaknya sistem kereta api di negara kita berasaskan teknologi seperti dalam gambar di bawah. Tarok ini, tarok itu … kasi canai sama dia, lipat2, sudah siap. :lol:

Fulamak … gua caya sama lu la mat2 rempit, teknologi lu memang advanced, ada kelas. :-o Ini bodi kasi import … sini bikin, ini enjin kasi import … situ bikin, itu disc break kasi import … sana bikin, roda tarak apa … sini bikin, … fuyoh :-p Kasi canai sama dia, campor2 itu bikin … sudah siap satu jugak. Murah, murah … harga jugak kasi mahal. ;-) Read the rest of this entry

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 136 other followers