Doa Rasullulah S.A.W. – Doa Solat Tahajjud


Maksud Hadis : Kata Ibnu Abbas r.a.: Kebanyakkan sanjungan Rasulullah S.A.W. dalam solat tahajjud:

Maksudnya : “Ya Allah, Ya Tuhan, bagi Mu segala puji dan pujian. Engkau Raja di Raja. Seluruh langit, bumi, dan segenap isi dan penghuninya, kepunyaan Mu semata. Engkau mengatur semuanya dengan sempurna, tiada suatu pun yang ketinggalan. Engkau Haq dan nyata. Janji Mu tepat. Pasti kita bertemu dengan Engkau. Kata-kata Mu benar. Kenyataan syurga dan neraka, kesejahteraan dan kesengsaraan tidak dapat disanggah. Kebenaran para Nabi dan Muhammad S.A.W tidak dapat pula dibantah. Tuntutan tanggung jawab, perhitungan neraca dan hari pembalasan, pasti tiba saatnya. Ya Allah, Ya Tuhan, aku meyerah dan tunduk pada Mu, beriman dan yakin akan Engkau. Bertawakkal pada Mu. Di pihak Mu aku berdiri dan pada Mu aku bertahkim. Maka ampunilah kelalaian ku dan tutupilah kelemahan ku, baik yang lampau, mahupun yang kini dan yang mendatang, yang lahir dan batin serta yang Engkau lebih tahu daripadaku. Engkau yang memajukan dan Engkau pula yang memundurkan. Dan tiada Tuhan selain Engkau. Serta tiada helah mahupun kekuatan kecuali dengan Mu jua.”

Rujukan

– Doa Rasullullah, ?, ?, Bey Arifin & Abdullah Said

About these ads

Posted on 23 Ogos 2010, in Islamik and tagged . Bookmark the permalink. Komentar Ditutup.

Komentar ditutup.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 185 other followers

%d bloggers like this: