Cara alternatif untuk mengubati masalah alahan dan resdung …


Ehh … dah lama kita tak bincang tentang bab perubatan dan kesihatan. Pos kali ini ada sedikit petua untuk dikongsikan. Sama ada berhasil atau tidak “no gerenti” kerana lain orang, lain kesannya. Jadi susah nak cakap sama ada berkesan atau tidak … hmmm

 

Resdung atau disebut `sinusitis’ dalam istilah perubatan, adalah satu penyakit yang biasa dalam masyarakat kita. Ia sering kali dikaitkan dengan masalah hidung berair, kerap bersin, masalah jerawat, hidung tersumbat dan sebagainya. Terdapat banyak kaedah rawatan sama ada tradisional, moden atau pun produk/kaedah rawatan magik di pasaran. Susah nak cakap sama ada berhasil atau tidak, betul atau scam. Kadang2 gimik penjual ubat pun lebih2. Teringat …

“Hai obat hai obat mari beli obat
Kalau lambat-lambat tak dapat
Hai obat hai obat mari beli obat
Kalau salah obat melompat”

Ha, ha, ha … lawak2 mmg best lagu tu . Ok sambung balik, kita lihat dahulu definasi dari segi perubatan moden.

Sinusitis

(dipetik dari http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/486-resdung-tiada-kaitan-ulat.html)

Beliau (Perunding Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak Pusat Perubatan Darul Ehsan (Demc), Dr Abd Razak Rahman Hamzah) berkata, ini disebabkan sinusitis adalah masalah kesihatan yang berlaku pada rongga sinus yang terletak di tengkorak manakala jerawat adalah masalah kesihatan membabitkan kulit.

Sinus adalah rongga yang dipenuhi udara atau kaviti yang terletak di antara tulang muka yang mengelilingi hidung. Ia dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Frontal, Sphenoidal, Ethmoid dan Maxillary.

sinus_area

Apabila membran mukos mendapat jangkitan daripada bakteria, virus atau kulat, ia menjadi bengkak seterusnya menghalang pengaliran mukos atau lendir daripada sinus ke dalam hidung dan tekak yang akhirnya mengakibatkan tekanan dan keradangan dalam rongga sinus.

Apabila seseorang mengalami alahan, lapisan yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak dan menyebabkan pergerakan udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal.

Rongga sinus yang tersumbat berisiko mendatangkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Jika jangkitan dibiarkan berlarutan, nanah boleh merebak ke mata sehingga mengakibatkan buta selain merebak ke otak.

Sehubungan itu, seseorang yang menghidapi selesema tetapi tidak sembuh selepas seminggu, mereka mungkin menghidap sinusitis dan perlu mendapatkan rawatan segera.

Rawatan awal iaitu kurang empat minggu, mungkin boleh diubati menggunakan ubat dan antibiotik tetapi jika kronik atau berlarutan melebihi lapan minggu, ia memerlukan pembedahan.

 

Walau pada kaca mata rawatan2 tradisi dan alternatif tidak mendefinasikan makna resdung secara terperinci, resdung dihuraikan dengan tanda2 penyakit dan kaedah rawatan.

(dipetik dari http://www.perubatantradisionalnabawiyyah.com/resdung)

Tanda-tanda Resdung

1.Hidung sentiasa berair/selsema setiap masa terutama ketika cuaca sejuk dan awal pagi.

2.Gatal-gatal pada hidung,mata dan telinga terutama bila memakan ayam,udang,ketam,ikan masin dan sambal belacan.

3.Bersin diwaktu pagi dan bila terkena habuk.

Kesan-kesan Resdung

1.Hilang deria bau

2.Pelupa/daya mengingat lemah

3.Lubang hidung bengkak dan tersumbat

(dipetik dari http://www.sioloon.com/t11013-resdung-punca-dan-petuanya)

Apa dia punca resdung ni??
Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.

 

Terdapat juga rawatan tradisi yang mengaitkan masalah jerawat yang serius dengan resdung. Walaupun doktor pakar kata tiada kaitan, namun beberapa rawatan resdung membuktikan sebaliknya? Betul ke? Ntah …

Katakan la kita nak kaitkan apa yang doktor kata dengan  perubatan tradisional/alternatif …

  • doktor kata keradangan akibat jangkitan
  • doktor kata jangkitan daripada bakteria, virus atau kulat … hmmm …
  • kalau dari udara semata2, tentu hampir semua orang dijangkiti resdung ?? mungkin kah?
  • bagaimana pula dengan vektor lain? mungkinkah bakteria, virus atau kulat yang menyebabkan resdung dibawa mikrob, apa2 parasit halus seperti kutu, hama, … ??? agak2 mungkin tak? kalau demam denggi disebabkan virus ???? dan virus itu pula dibawa oleh nyamuk adeas (vektor@pembawa). jadi adakah mungkin resdung dibawa oleh sesuatu vektor?
  • jika mikrob2 tertentu sebagai vektor? mustahilkah untuk mikrob2 itu mendiami pada liang2 kulit yang lembut dan sensitif, dalam hidung, saluran pernafasan, …?
  • jika ya, di sini terletak kesinambungan antara rawatan hospital dan tradisi. dan jawapan kenapa dalam sesetengah kes, kaedah rawatan tradisi dapat mengubati resdung. ingat! sesetengah kes, bukan semua kes. tambahan pula si doktor, sikit2 bedah sikit2 bedah … macam potong ayam jer . kos bedah pula mahalnya, macam hantar motor/kereta kat workshop, itu ini kasi tukar, kasi overhaul. Kalau melaut kekayaan sekali pun, badan manusia bukannya boleh tukar spare-part macam kereta/motor  … . Kah, kah, kah …

 

A) Kaedah hidung berasap

Kaedah asap banyak digunakan dengan pelbagai cara, ada rokok resdung la, ada yang berherba la dan sebagainya. Kadang2 kos rawatan beratus2 juga walaupun perubatan tradisi . Pernah tak dengar rawatan resdung dengan e-book? HAAAAAA …. macam tu pun ada ka .

Sebagai petua alternatif terutama untuk kes2 emergency, hidung atau muka gatal2 dan bersin kerap sangat serta hidung berair-air. Rasa badan nak deman kerana keradangan hidung dan sebagainya. Cara mudah dan murah adalah dengan menggunakan kain kapas. Kain kapas hendaklah kapas 100%, jangan ada campuran sintetik. Kain kapas sifatnya sangat mudah menyerap air. Ambil apa2 kain kapas terpakai macam kain pelekat/batik buruk yang dah koyak, atau kain baju/seluar/apa2 yang dah buruk dan diperbuat daripada kapas 100%. Ingat sekali lagi kain kapas hendaklah 100% kapas, tiada campuran sintetik.

  • Potong kain itu dalam bentuk segi empat, saiz adalah bebas. Mungkin boleh ambil 10cm x 10cm. 4in x 6 in. Tak kisah, saiz tak penting. Gulung kain ini menjadi rokok, gulungan adalah mampat dan tiada rongga di tengah gulungan.
  • Bakar salah satu hujung sehingga menyala dan apabila hujung kain terbakar penuh, matikan api.
  • Asapkan (bukan sedut asap) muka dan hidung. Kalau dalam hidung, asapkan dalam lubang hidung tanpa menyedut asap itu. Pejamkan mata untuk mengelakkan mata anda pedih terkena asap.
  • Lakukan selama beberapa minit (ikut suka).
  • Ulangi setiap hari (pagi, petang, malam – 3 kali sehari ATAU 2 kali sehari atau masa gatal sangat sahaja) dalam seminggu sehingga keradangan hidung/resdung itu reda. Kalau berminggu-minggu masih tak baik2, masih berterusan … sila mendapatkan rawatan doktor atau guna cara lain.

Dalam masa ini, kalau demam boleh ambil panadol @ paracetamol.

MUNGKIN kaedah ini dapat mengurangkan aktiviti parasit yang menyebabkan keradangan pada hidung dan muka.

 

Nota : tiada jaminan untuk amalan petua, kalau ragu2 sila dapatkan bantuan doktor. petua ini sekadar petua, penulis tidak bertanggung jawab jika anda mempunyai alahan, penyakit lain, atau jika berlaku apa2 kesan sampingan.

 

B) petua ————-

Petua ini mungkin teori aku je dan mungkin juga petua ini telah lama wujud di tempat lain. Siapa tau! Kaedah ini mungkin boleh digunakan untuk mengubati atau sekurang2nya mengurangkan keradangan resdung. Petua ini menggunakan satu tumbuhan yang sangat sukar dijumpai di kebanyakkan negara termasuk negara ini. Siapa tau ini pokok apa?

0001

dan ini adalah ubinya …

0002

Ubinya disagat dan hasilnya diambil.

0003

Dah tahu ini pokok apa? Alamak …

tvsnow

 

 

 

Analogue Win7_thumb[4]

 

 

 

 

Namanya … Wasabia japonica, Cochlearia wasabi, atau Eutrema japonica. Juga dikenali sebagai wasabi (わさび atau 山葵) atau lobak kuda Jepun (Japanese Horseradish). Petikan daripada Wikipedia (http://en.wikipedia.org/wiki/Wasabi dan http://ms.wikipedia.org/wiki/Wasabi)

Parutan ubinya (rizoma) yang juga disebut wasabi, dimakan sebagai penyeri masakan Jepun, seperti sashimi, sushi, soba, dan ochazuke. Daun, tangkai, dan rizoma memiliki aroma harum, dan rasa tajam menusuk hingga ke hidung seperti mustard, tapi bukan pedas di lidah seperti cili.

Unsur kimia yang menjadikan wasabi memiliki rasa pedas ialah isotiosianat (6-metiltioheksil isotiosianat, 7-metiltioheptil isotiosianat, dan 8-metiltiooctil isotiosianat). Bahan ini bersifat antimikrob yang menghalang pertumbuhan bakteria yang membolehkan hirisan ikan segar selalu dimakan bersama wasabi.

Tanaman ini hanya tumbuh liar di daerah beriklim sejuk, di lembah pinggiran sungai atau di tengah air bersih yang mengalir perlahan-lahan. Di Jepun, wasabi tumbuh liar di sepanjang aliran sungai yang bersih dan sejuk (10-17℃) di daerah pergunungan pulau Honshu, Kyushu, dan Shikoku.

Berdasarkan tempat penanaman, wasabi secara besar dibahagi kepada dua jenis, wasabi air (sawa wasabi) yang ditanam di anak sungai (bahasa Jepun: sawa), dan wasabi ladang (hatake wasabi) yang ditanam di ladang. Wasabi air ditanam untuk diambil bahagian rizoma yang dimakan mentah setelah diparut. Penanaman kecil-kecilan wasabi di saluran air dan anak sungai sering dijumpai di kawasan pergunungan di Jepun. Wasabi air memerlukan air yang bersih dan sejuk di tanah yang berpasir dan subur.

Wasabi air yang dihasilkan melalui perkebunan memiliki rizoma yang lebih besar dibandingkan wasabi ladang atau wasabi liar. Rizoma mengeluarkan Allyl isotiosianat yang bersifat antimikrob, sehingga tanah di sekitarnya bebas mikrob. Tanaman tidak boleh menjadi besar kerana di tanah sekelilingnya tidak terdapat mikrob yang dapat menyuburkan tanah. Selain itu, wasabi perlu tumbuh di aliran air yang bersih dan bening supaya Allyl isotiosianat larut lesap bersama air, dan tanaman tidak ikut teracuni. Rizoma wasabi air bisa menjadi besar bila semua kondisi terpenuhi.

Rizoma wasabi adalah mahal dan kaedah pengawetannya amat sukar, sehingga serbuk wasabi dan pes wasabi dalam tiub digunakan sebagai pengganti. Serbuk wasabi dan pes wasabi sering dibuat dari bahan pengganti seperti lobak, dicampur rizoma Armoracia rusticana (bahasa Inggeris: horseradish), dan bahan pewarna makanan. Serbuk wasabi pula perlu dicampur dengan air untuk menghasilkan pes wasabi yang siap untuk dihidang.

Kandungan serbuk wasabi dan pes wasabi bergantung kepada pengilang. Apabila produk mengandung kadar wasabi asli lebih dari 50%, maka di bungkusannya ditulis, Hon Wasabi (wasabi asli) atau Hon wasabi shiyō (本わさび使用? Menggunakan wasabi asli). Maksud “wasabi asli” boleh diertikan bahagian rizoma atau bahagian lain dari tumbuhan (daun dan tangkai). Apabila pes wasabi mengandung wasabi kurang dari 50%, maka pada bungkusan ditulis sebagai Hon wasabi iri (本わさび入り Tidak mengandung wasabi asli).

Wasabi mempunyai kesan anti mikrob yang kuat sehingga kaedah penanamannya turut menjadi sukar. Masalahnya wasabi sangat sukar untuk diperolehi di luar daripada negara Jepun. Di negara kita, pasaraya yang menjual wasabi dalam bentuk pes atau serbuk adalah Jusco. Berhati2 semasa hendak membeli, perhatikan label baik2. Ada produk wasabi yang mengandungi alkohol (dlm botol?). Untuk tujuan perubatan ini, cuba dapatkan serbuk wasabi yang mengandungi wasabi setinggi mungkin dan halal.

Cara menggunakan serbuk wasabi? Serbuk wasabi perlu dijadikan pes dan perlu digunakan segera. Rasa menusuk wasabi akan hilang jika terdedah terlalu lama di udara. Oleh itu kita hanya perlukan sediakan pes dalam kuantiti yang sangat sedikit. Ambil 1/4 (suku) sudu teh serbuk wasabi, titikkan beberapa titik air sambil kacau sehingga ia menjadi pes yang tidak terlalu cair dan tidak pula berketul-ketul.

Dua kaedah yang anda boleh gunakan, sama ada memakannya dan menyapu pes wasabi pada kulit.

  • kaedah makan : gumpal sedikit nasi menjadi ketulan kecil (agak2 sekali suap), cicah dengan pes wasabi dan makan. Rasakan rasa tajam yang sangat menyucuk hidung atau sampai ke dalam kepala @ seperti ke otak (bukan rasa pedas seperti pedas cili), hidung anda mungkin berair semasa makan. Walau bagaimana pun kesan ini mungkin berbeza2 bagi setiap individu dan juga bergantung kepada jumlah wasabi yang dimakan.
  • kaedah sapu : jika makan rasa tajam menusuk hidung, bagaimana jika sapu pada hidung dan muka? kesannya mungkin berbeza2 pada setiap individu. gunakan sedikit demi sedikit semasa menyapu pada kulit. AWAS!! tempat di mana wasabi disapu mungkin rasa kepedihan seperti luka. Cuba bertahan selama seminit atau sehingga rasa kepedihan itu hilang sendiri. Kesan ini tidak lama, terutama jika sapuan pes itu cepat mengering (kembali menjadi serbuk kering). Kesan ini dapat dipanjangkan jika anda membasahkan muka anda dengan air dan kemudian menyapunya. Jika anda tidak dapat bertahan, basuh dan bilas tempat sapuan dengan air yang banyak. Kesan wasabi tidak tahan lama dan mudah larut lesap ke air yang mengalir.

Amalkan selama beberapa minggu atau sehingga kesan keradangan resdung mereda atau menghilang. Mungkin wasabi boleh digunakan sebagai ubat hama/kutu pada kulit, mungkin. Kaedah wasabi ini mungkin sesuai untuk keradangan resdung yang disebabkan oleh parasit dan mikrob.

Jangan makan/mengambil wasabi dalam jumlah yang terlalu banyak, kita tak tahu dan tiada pengalaman tentang wasabi kerana ia bukan dari budaya masyarakat kita. Apa benda pun yang diambil secara berlebihan pasti mempunyai kesan negatifnya yang tersendiri.

 

Nota : Penulis tidak bertanggung jawap atas apa2 yang terjadi kepada sesiapa sahaja yang menggunakan panduan ini, atau sesiapa sahaja yang menggunakan petua ini dengan cara yang salah.

 

255336320_e586ca225a food090060520000073631450px-Wasabi_by_malias_in_Tsukiji_fish_market,_Tokyo450px-Wasabi_by_No_Grand_Design_in_Tsukiji_fish_market,_Tokyo800px-Flickr_-_cyclonebill_-_Sushi

 

Selamat Mencuba

 

Coretan Alkimia

About these ads

Posted on 18 Februari 2012, in Kesihatan & Perubatan and tagged , . Bookmark the permalink. 10 Komen.

  1. Assalam, baru-baru ni saya pernah mencuba kapsul ubat SUPER RESDONG yang dibuat secara tradisional. Alhamdulillah, setakat ni kesan resdung seperti gatal-gatal pada mata dan tekak serta kerap bersin dah hilang. Agak mujarab juga ubat ini, insyaAllah. Maklumat berkaitan kapsul ni boleh di baca di http://anti-sinusitis.blogspot.com

  2. nak cri mne ubat tu ……..tk pernah jumpa pun…………..

    • sori wasabi bukannya ubat, ia sejenis herba dan ia juga bukan herba tempatan, dan mungkin sangat susah untuk dicari di luar negara asalnya. jangan salah faham saya bukannya nak jual ubat atau bersaing dengan ubatan sedia ada, harap maklum. TQ … apa pun bukan kah telah diberitahu di dalam artikel, termasuk cara alternatif yang lebih murah (hampir free) dan mudah.

  3. hi..terima ksih dgn coretan ini..
    saya mengalami selsema yg lama..sebulan dh klau x silap sya..tp blom dibawa jumpa dgn dktr..sya akn cuba kaedah yg berasap tu..dekat farmasi ada tk jual kain utk kaedah berasap tu?

  4. klu sape beli shushi…ade je pack wasabi….telan abis shushi tu..wasabi sapu muke…pasti mggelupur..hihihihi….ktne resdung byk,poin tu akn pling pedih….klu petua melayu….cari daun temulawa…lumatkan dan pakai kt muke mcm pkai bedak sejuk…jerawat batu ke..jrawat sedung leh hilang or kurang dlm tmpoh 1 2minggu….sy cite atas pengalaman muka sy sndri…dulu jrawat sy…sape dok sebelah,bleh bau busuknya…skrg alhamdulillah licin…sy amalkan daun temulawak..

  5. salam :)
    meh try meh.bole hilangkan resdung 7 hari.

    contact diba 012 700 9100

    http://www.awananeonight.blogspot.com/2013/06/membanteras-masalah-resdung-dengan-cepat.html

  6. Kalau sesiapa ada Resdung ,boleh cuba ubat resdung bella formula. Kesan pengurangan seawal 3 hingga 7 hari.Boleh layari http://www.ubat-resdung.com utk tempahan.

  7. boleh dicuba juga teknik alternatif ni. t.kasih untuk perkongsian ilmu

  8. Alhamdulillah lega sket hidung sy setelah asapkan dgn gulungan kain cotton

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 136 other followers

%d bloggers like this: