Category Archives: Pertanian & Industri Kecil

Penyakit Layu Pisang

Bananas

Mungkin ada di antara pembaca yang mengusahakan tanaman pisang, tak kisahlah skala ladang ke, atau kebun kecil ke, atau kawasan kampung ke ataupun belakang atau sebelah atau hadapan rumah di kawasan perumahan bandar atau pinggir bandar? Di mana anda berhadapan dengan masalah penyakit pokok pisang, pokok pisang mati, layu atau tidak dapat mengeluarkan hasil kerana buah rosak.

Terdapat dua jenis wabak penyakit yang serius kepada tanaman pisang. Ia satu ancaman besar kepada industri pisang sedunia. Pertama penyakit layu Fusarium yang menyerang umbi pokok pisang, ia berpunca dari patogen kulat Fusarium oxysporum. Patogen ini tahan kepada racun kulat dan tidak dapat dikawal secara kimia. Penyakit layu Fusarium ini lebih dikenali sebagai penyakit panama. Yang kedua penyakit layu akibat jangkitan bakteria, ia dikenali sebagai Banana Xanthomonas Wilt (BXW), atau banana bacterial wilt (BBW) or enset wilt.

Read the rest of this entry

Dilema Sektor Pertanian bagi Pengeluaran Beras, Apa Masalahnya? – Part 6

Selepas kerja2 menanam, pokok padi dibiarkan membesar. Walaupun begitu kerja2 maintainance seperti membaja dan meracun perlu dilakukan bagi menjamin pengeluaran serta kualiti padi yang dihasilkan.

Kelebihan padi yang ditanam secara berbaris adalah pesawah boleh melalui antara pokok padi bagi tujuan menyembur racun serangga dan menabur atau menyembur baja. Walaupun kaedah ini memerlukan lebih tenaga kerja, ia hanya pilihan jika pesawah tidak mempunyai modal yang besar bagi membeli jentera2 yang teramat canggih dan hebat dari negara barat.

day_photos005--500x380

An Indonesian farmer sprays pesticide at a paddy field in Karawang, West Java, Indonesia.http://www.nypost.com/

 

Jika dibandingkan di Amerika yang mana penanaman padi atau gandum diusahakan oleh syarikat perladangan dan mereka mempunyai keluasan tanah pertanian yang besar. Kerja2 meracun dan membaja dilakukan menerusi kapal terbang kecil @ pesawat ringan. Kaedah ini telah lama digunakan dalam penanaman gandum di Amerika. Fuuh canggihnya, kena ikut ni … kenapa tak ikut?? ha, haa, haa …

pesticidesprayplane

Read the rest of this entry

Dilema Sektor Pertanian bagi Pengeluaran Beras, Apa Masalahnya? – Part 5

Kali ini kita akan membincangkan proses penanaman padi yang dipraktikkan di seluruh dunia dan seterusnya membandingkan ia dengan dunia kita.

Ingat2 lupa masa dari zaman kecik2 dahulu, secara tradisi penanaman padi dilakukan seperti berikut. Kalau tak silap …

  • benih padi direndam semalaman
  • selepas semalaman, benih padi ditoskan sehingga kering sedikit.
  • tapak semaian disediakan. beberapa helai daun pisang di lapik sebagai pengalas.
  • lumpur tanah sawah diletakkan atas daun pisang dan di rata kan setebal ? (ntah) inci, mungkin satu hingga dua inci.
  • kemudian benih padi ditaburkan atas tapak semaian secara sekata.
  • selepas itu tapak semaian ditutup dengan daun pisang atau pelepah kelapa.
  • biarkan selama hmm untuk benih bercambah … ntah tak tahu, dah lupa la.
  • buangkan daun2 penutup tapak semaian, biarkan pokok padi membesar sehingga hmmm berapa cm tah … sebelum dipindahkan ke sawah
  • pokok padi di lerai kepada beberapa bahagian kecil dan kemudian ia akan ditanam dengan kuku kambing (nama alat, bukan kuku kambing betul).
  • pokok padi ditanam boleh dikatakan dalam barisan dengan jarak tertentu bagi membantu pembesaran pokok padi.
  • satu lubang, di tanam dua hingga 3 anak pokok padi.

Penanaman padi tradisi memerlukan tenaga kerja ramai, tetapi agak seronok kadang2 rasa macam pesta. Suasana tradisi seperti ini juga berlaku di negara2 Asia yang mana tradisinya menanam padi sebagai makanan ruji. Namun bagi negara bukan Islam dan juga negara kebangsaan yang tidak mengamalkan Islam mengikut syariat, elemen2 khurafat seperti pemujaan sering kali terdapat dalam pesta2 tradisi seperti ini dan adat2 tradisi yang diwarisi turun temurun dari nenek-moyang yang cuba dikekalkan. Bagaimana kalau nenek moyang tu dahulunya adalah musyrik? Rojak betul fahaman agama mereka ni … diberitahu pun mereka masih berdolak dalik.

Read the rest of this entry

Dilema Sektor Pertanian bagi Pengeluaran Beras, Apa Masalahnya? – Part 4

Salah satu prosedur yang perlu dilakukan sebelum penanaman padi adalah proses pembajakan. Sebelum teknologi jentera pertanian diperkenalkan, cara tradisi untuk membajak sawah adalah dengan menggunakan kerbau atau lembu. Hari boleh dikatakan jentera membajak menguasai sawah2 padi dan bilangan penggunaan kerbau/lembu makin mengecil. Mungkin membajak menggunakan kerbau/lembu masih terdapat disebilangan kecil di negara2 tertentu.

membajak sawah padi dengan kerbau di korea utara

Membajak mengunakan jentera sangat lebih kos efektif, menjimatkan masa, penggunaan tenaga kerja rendah, bilangan tenaga kerja juga rendah dan tidak membebankan pesawah.

Penggunan jentera mini, kos efektif dan boleh dikendalikan oleh seorang tenaga kerja walaupun beliau telah berumur

Berikut adalah antara video2 dan gambar kerja2 membajak sawah padi di seluruh dunia.

Read the rest of this entry

Dilema Sektor Pertanian bagi Pengeluaran Beras, Apa Masalahnya? – Part 3

Topografi sawah-bendang

Dalam part 2 kita telah menyaksikan sawah2 padi di seluruh dunia. Boleh dikatakan kawasan tanaman padi tidak stereotaip. Ada sawah padi di tanah pamah, ada yang di dataran, ada yang berhampiran laut, ada yang ditanam berteres-teres di atas bukit atau kawasan tanah tinggi dan sebagainya. Jelasnya padi di tanam secara meluas di pelbagai topografi, tidak terbatas kepada satu-satu jenis tanah secara tipikal.

800px-Landscape-IMG_3082

Read the rest of this entry

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 196 other followers